Sunday, September 9, 2018

author photo
Resepi Nasi Kerabu Goreng | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar, harap semuanya sihat la ya.. Hari ini Cik Ash nak kongsi masakan daripada #dapurcikash

Nasi Goreng Kerabu


Sebenarnya dah lama teringin nak makan nasi kerabu goreng, so pada hari apa Cik Ash dah lupa hahaha buatnya ni baru sempat nak kongsikan dekat blog yang Cik Ash buat nasi goreng kerabu. Kalau tak silap Cik Ash dekat google search dah ramai buat tapi yang versi Cik Ash buat so kongsi la dekat blog. hihihihi.. 

Pernah buat Nasi Kerabu Kelantan sebelum ni hihihi, kali teringin nak makan nasi goreng kerabu pulak ni yang Cik Ash buat. Cara nak buat dia lebih kurang sama jah nak nasi kerabu cuma versi goreng. Jom tengok resepi dekat bawah ni. Dalam resepi ni  Cik Ash tak letak sambal ikan tu.. Kelapa tidak ada hihihi kalau ada mesti sedap lagi makan.. 

Resepi Nasi Kerabu Goreng
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
Nasi 
Ikan rebus - di kisar halus
Serai 
Bungan Kantan
Daun Kesum
Budu 
1 biji bawang besar -dicincang halus
2 ulas bawang putih -dicincang halus
3 tangkai Cili padi 

Cara Membuatnya :- 

1. Panaskan minyak goreng ikan rebus sampai garing ,lepas tu masukkan bawang besar dan bawang putih tumis hingga garing. 

2. Masukkan nasi dan kacau rata.

3. Selepas itu masukan semua ulaman iaitu daun kesum,bunga kantan, serai. gaul sehingga rata.

4. Perasa kan dengan garam kacau bagi nasi serata dengan ulam-ulam jangan lupa masukkan budu ya, baru la sedap hahaha..

Ok la korang itu jer resepi Cik Ash kongsi untuk membuat nasi kerabu goreng, Selamat Memcuba ya!!!


This post have 7 komentar

avatar
Sha Mohamed delete September 9, 2018 at 3:55 PM

Ya Allah.. sedapnya ekin.. bak mai sikit..

Reply
avatar
Khir Khalid delete September 9, 2018 at 11:01 PM

Wahhh.. menarik ni. Klu nasi kerabu biasa tu mmg slalu makan, tp yg goreng tak pernah rasa lagi. Ok juga klu buat ni nanti :)

Reply
avatar
Husniey Husain delete September 10, 2018 at 4:27 AM

Uniknya nasi goreng cik ash ni, simple je step boleh cuba nanti. Thank you share resepi

Reply
avatar
Ciktie delete September 10, 2018 at 10:05 AM

Senangnyaa..nanti boleh cuba ni.

Reply
avatar
Shafyqah Azahar delete September 10, 2018 at 11:57 AM

menarik! dah la sha suka nasi goreng

Reply
avatar
Wani Sukarno delete September 17, 2018 at 10:21 AM

tak pernah nak buat walaupun senang,, malas sungguh.. tapi boleh try hii

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete September 17, 2018 at 12:23 PM

first time tahu nasi Kerabu pun boleh digoreng ngeh3..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post