Sunday, September 16, 2018

author photo
Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma |  Assalamualaikum... Berita Baik!! Kepada anda yang ada selalu tengok website Tonton tu sekarang dah ditayangkan secara percuma. Tak payah dah nak login masuk email dan password nak langgan ke nak tengok cerita-cerita lain.


Yang paling best tiada lagi yuran langganan seperti sebelum ni. Nak tengok drama-drama lama berulang-ulang pun boleh secara percuma.
Ianya sejajar dengan strategi transformasi perniagaan seluruh Kumpulan Media Prima untuk meningkatkan hasil melalui pengiklanan programatik, iaitu salah satu segmen pendapatan digital yang paling pesat berkembang.

Ini berikutan pengumuman Media Prima untuk menggabungkan semua kandungan video dalam talian yang menggunakan perkhidmatan ‘YouTube’s Player for Publisher’. Untuk semua pengguna yang melanggan tonton VIP (pakej langganan berbayar tonton) pada tahun 2018 akan dibayar balik secara prorata dalam masa 90 hari.

 

Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya.  Ia juga turut membolehkan tonton  menjana pendapatan yang lebih mampan melalui pengiklanan programatik yang dilihat oleh penganalisis industri sebagai alat yang paling berkesan untuk para pengiklan menyasarkan khalayak yang tepat untuk kempen mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak, berkata Model langganan VOD belum lagi matang di Malaysia dan selepas kajian yang teliti kami memutuskan bahawa pendemokrasian kandungan tonton melalui pelbagai platform adalah strategi yang terbaik untuk mencapai potensi penuh kami.

"Ini akan memberi manfaat kepada semua dan ia membolehkan Media Prima mencapai lebih ramai khalayak. Manakala para pengguna yang sudah biasa dengan platform Youtube dan Daily Motion pula berpeluang untuk menonton rancangan kegemaran mereka sepuas-puasnya.  MPTN juga sekaligus dapat mencapai perolehan yang lebih baik hasil pengiklanan melalui kerjasama dengan YouTube. Langkah itu akan membolehkan para pengiklan memanfaatkan populariti kandungan tonton untuk menyasarkan penonton yang tepat sambil memastikan keselamatan jenama mereka sepanjang kempen." Katanya

 Diperkenalkan pada tahun 2010, tonton merupakan perkhidmatan penstriman VOD pertama di Malaysia yang menawarkan drama, aneka rancangan, filem, ‘telemovie’, program hiburan, dan acara serta program televisyen secara ‘live’ yang terbaik di Asia dan antarabangsa. Populariti platform itu meningkat kepada lebih 8.4 juta pengguna berdaftar dengan kadar pertumbuhan sebanyak 20,000 pengguna setiap minggu.

Sumber :  www.xtra.com.my

This post have 8 komentar

avatar
Abam Kie delete September 16, 2018 at 11:23 AM

meme best tgok tonton di mana2 skrg. free plak tu! thanks media prima. x mcm mediacops yg x benarkan kita akses stesen TV mrka.

Reply
avatar
Shafyqah Azahar delete September 16, 2018 at 11:50 AM

yayy dah free! takpayah sha beli yang rm3 sehari tu hahaha

Reply
avatar
zuhaira nasrin delete September 16, 2018 at 5:40 PM

wow baru tahu ni! boleh marathon nampaknya. thank you cik ash :D

Reply
avatar
Wani Sukarno delete September 17, 2018 at 10:37 AM

adoi jare sangat nok buko web tonton, hii tapi apapun langkah yang bijak..

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete September 17, 2018 at 12:19 PM

adik sdara sorang je langgan tonton dan kalo nak tengok pakai jeee acc dia. tapi usually tengok yang free je ahak ahak.. baik bayar Netflix =D

Reply
avatar
Cik Ash delete October 1, 2018 at 12:01 PM

ha ah kan abam kie.. mudah loni... dulu gak susah nak tengok

Reply
avatar
Rodiah Amir delete January 14, 2019 at 12:03 AM

hihiih aritu suami ada cakap pasal ni..bagus la dah tak yah bayar. kena log in bagai leceh

Reply
avatar
Sii Nurul delete October 25, 2019 at 10:16 PM

Waah.. Bgusnya.. Sy bru tau pasal tonton ini.. Sbb sy jarang juga tgok tv.. Hehe.. Nice sharing

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post