TICKER

Tuesday, October 9, 2018

Cik Ash Balik Kampung Di Kelantan

Cik Ash Balik Kampung Di Kelantan | Assalamualaikum... Selamat Pagi, alahai terasa lama sangat bercuti menulis dekat blog, sebenarnya baru 4 hari tak update blog, hahaha, ada yang rindu Cik Ash tak.

Cik Ash Balik Kampung Di Kelantan
Sebenarnya last minute rancang nak balik kampung ni, suami Cik Ash bagi bagitaw pada 29 Septermber 2018 , dapat cuti boleh balik kelantan pada 5 Oktober 2018 hingga 8 Oktober 2018. Cik Ash apa lagi kalut-kalut la mengemas dah la waktu sibuk dengan urusan Job review alahai, kemas yang mana sempat main letak pakaian dalam beg hihihi..
Papan tanda tulisan jawi..

Alhamdulilah perjalanan kami balik pada 5 Oktober dipermudahkan tak ada jalan sibuk, biasa la balik waktu tak sibuk hari cuti umum kereta pun tak banyak sangat atas jalan kan.  Cik Ash bertolak daripada Kedah pukul 11 pagi sampai dekat kelantan dekat jam 6.00 petang. Tolak lewat tu sebab suami baru balik kerja pagi tu suruh dia tidur dulu rehatkan mata dulu nak jalan jauh kena tidur cukup kan.


Cik Ash sangat happy balik kelantan waktu tidak cuti umum ni dapat makan semua makanan dan tempat yang Cik Ash nak pergi, kalau balik sokmo waktu cuti umum kedai kebanyakkan tutup sokmo. hahahaha... Antaranya yang Cik Ash dapat makan makanan kelantan ialah nasi belauk pagi, nasi sumatera, kuih-muih kelantan, dapat merasai pengalaman masuk Muzium Kraf tangan tengok koleksi barang-barang lama tinggalan sejarah, rojak ayam, rojak mee dan roti tempayan cheese.

Nasi Berlauk

Kuih Ulat Bulu

Nasi Sumatera Panji


Kuih Akok
Roti Tempayan 3 Abdul

Sekejap jer rasa cuti 4 hari di kelantan tu pun ada yang masih tak dapat makan lagi, insyaAllah nanti balik bila boleh jalan-jalan lagi dekat tempat kelantan.. hihihi.. Kami bertolak balik kedah pada 8 Oktober 2018 jam 9 pagi masa balik tempat persinggahan banyak kali gak biasa la balik habis sakit urat hahaha, sakan berjalan-jalan dekat kelantan kan, lagi pulak mak mentua Cik Ash balik bersama tu yang kerap berhenti nak bagi dia rehat sikit-sikit.. Alhamdulilah kami sampai di kedah dalam pukul 4 petang nak dekat-dekat pukul 5 dah. Balik kali ni shopping sakan pulusnya banyak habis hahhaha, biasa la setahun sekali balik semua nak makan Cik Ash beli dah balik kedah tak jumpa makanan kelantan susah sangat nak cari.

Ok la korang la Cik Ash out dulu nak siapkan kerja rumah pulak, bila dah balik kedah kembali rutin harian sebagai surirumah hihihi, ada la kerja nak kena buat. Jumpa lagi nanti.


6 comments: