Friday, October 22, 2021

author photo
Plastik Sampah Wangi Jenama Tesco | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Dah lama teringin nak plastik sampah warna wangi ni selalu pergi tesco tak pernah ada stock hahaha.. biasa la benda viral kan cepat la habis.


Hari khamis lepas Cik Ash dah suami shopping barang dapur dekat tesco, memang setiap bulan shopping dekat tesco sebab suka membeli belah dekat sana boleh kumpul point lepas tu dapat la vouher boleh reedem shopping.

Plastik sampah yang selalu Cik Ash beli yang warna hitam dia ada banyak saiz nak dari S hingga XXXL , Ada juga yang berwarna putih, hijau dan biru.Cik Ash suka guna plastik sampah ni senang nak letak habuk-habuk , segala sampah sarap mudah. Tambah pulak dekat dalam rumah setiap ruang sentiasa ada platstik sampah. Kalau tak silap Cik Ash plastik sampah wangi ada 4 jenis pewangi yang Cik Ash taw :-

Hijau - Apple
Kuning - Lemon
Putih - Vanilla
Ungu - Mixed Berries

plastik sampah wangi

Cik Ash ambik yang warna kuning bau lemon, semerbak bau lemon  asyik duk cium plastik wangi tu hahahha...So sangat bagus kepada mak-mak yang ada anak kecik ni harus la beli  plastik sampah wangi ni, senang kalau buang segala pampers anak tak adalah nak berbau semacam jer kan, bau wangi jer, hihihi..

Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua Cik Ash guna plastik sampah wangi dekat rumah ni, hihihi.. Harga satu plastik RM5.99 dalam tu ada 50 plastik dan ada saiz S ataupun M. 

This post have 6 komentar

avatar
Dilah delete October 16, 2018 at 10:07 AM

wahh.. dah lama dilah cari plastik sampah wangi ni tak jumpa.. sblm ni mcm perasan org ckp kat mr. diy pun ada tp dilah tak jumpa jugak.. boleh la pegi cari kat tesco nanti.. thanks cik ash share info ni..

Reply
avatar
Wani Sukarno delete October 17, 2018 at 10:28 AM

x rajin dok beli.. wangi sangat ko haaa

Reply
avatar
iam.umifuzy delete October 20, 2018 at 7:32 PM

ala akak tak ke Tesco jadi tak de la dapat beg plastik ni..harga pun murah tuu tapi tebal tak?

Reply
avatar
Masmira Masri delete November 10, 2018 at 12:34 AM

salam sis... hehehee mmg ada mcm2 wangian kan....tp harga je lah lain2 ...biasa pakai plastik wangi yg kecik jual kat kedai rm2 tu utk buang lampin anak hehehe.
btw done following ur blog jemput singgah my blog yaaa http://myaleo.blogspot.com/

Reply
avatar
Bebelan Cik Min delete November 13, 2021 at 10:52 AM

Wah..baru tau..nanti kak min serbu Tesco la..hehe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post