TICKER

Wednesday, October 3, 2018

Resepi Sup Daging Simple

Resepi Sup Daging Simple | Assalamualaikum.. Alahai hari lambat bersiaran dekat blog biasa la ada hal peribadi yang perlu diselesaikan.. Rasanya dah lama Cik Ash tak up resepi dekat blog ni. hihihi..


Baru ini Cik Ash ada cuba buat Sup Daging Simple cara Cik Ash, saja-saja suka jah, Teringin nak makan sup daging buat jer bahan-bahan yang ada dekat dapur tu.. Jadi sedap dimakan.Jom usha resepi dekat bawah ni.

Resepi Sup Daging Simple
500 gm daging ( direbus hingga empuk)
1 biji bawang besar  (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili api
daun saderi
Secubit mixed herbs
secubit daun pasley
secubit oregano
garam
secubit serbuk LIME knorr
tomato

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak tumis bawang besar, bawang putih,halia yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan daging dan daging.
3. Biarkan sup hingga masak boleh masukkan mixed, daun pasley, oregano dan garam dan serbuk Lime.
4. Last sekali masukkan hirisan daun saderi dan tomato.
5. Siap boleh di hidangkan dengan nasi panas.

Ok la korang semua itu jer cara masak daripada #dapurcikash sangat simple jer.. hahahha.. selamat memcuba resepi ni ya korang.. Jumpa lagi nanti..

8 comments:

  1. kaella pun bab sup lebih sukakan daging berbanding ayam.

    ReplyDelete
  2. Rajin masak pasti keluarga bahagia

    ReplyDelete
  3. Akak kena stop makan daging sementara waktu sebab darah tinggi dah muncul..

    ReplyDelete
  4. Simple je resepi cik ash, tapi nampak macam sedap tuuu.. 😍

    ReplyDelete
  5. anak-anak akak suka la sup-sup... sup daging, sup tulang taip hari pun xpa.... tp mak dia wak kedai la... hehe

    ReplyDelete
  6. wah sedapnya.kalau demam2 ni best makan sup2

    ReplyDelete
  7. in shaa Allah, balik umah MIL sok, nak masak sup daging, ikin.
    MIL baru sihat dari operation.
    tq for sharing. beri aida idea :)

    ReplyDelete