TICKER

Tuesday, October 30, 2018

Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah

Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah | Assalamualaikum.. Hai semua, alahai lamanya Cik Ash tak kongsi pasal masakan daripada #dapurcikash dekat blog ni.. Nak buat macam mana sekarang keadaan tak mengizinkan nak menaip lama-lama tangan Cik Ash sakit nak pergi klinik tak sempat jer suami cuti jumaat klinik tutup. hihihi..



Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah Cik Ash buat petang semalam suami buat permintaan nak makan, siap beli barang nak buat lagi hihihi, tapi masa nak buat roti sardin gulung memang memcabar sebab buat dalam keadaan tak ada air semalam dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam baru air ada. 

Cik Ash buat agak-agak jer resepi Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah secara spontan buat. Mujur sedap suami kata makan kenyang hihihihi.. Cara nak buat pun kalau orang yang jenis tak sabar memang tak boleh buat roti sardin gulung ni,sebab dia kena ada step-step nak buat hihihi.. Jom usha resepi dekat bawah ni. 

Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah
Bahan-bahan 
Roti Gardenia (Cik Ash guna dalam 20 keping)
1 tin sardin Ayam Brand ( jenama lain pun tak pe)
1/2 biji bawang besar ( dihiris dadu)
2 biji cili padi (dihiris halus)
secubit garam
secubit secukup rasa
1 sudu kfc serbuk LIME 
1 biji telur
sedikit tepung gandum- bancuh dengan sedikit air. 


Cara Membuatnya :
1. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu. 
2. Tumis bawang merah hingga garing. Masukkan ikan sardin dihancur tumis bersama dengan sehingga kering. 
3. Selepas itu masukkan garam, secukup rasa dan serbuk LIME.
4. Gelek-gelek roti hingga leper. 
5. Letak inti lepas itu gulung dengan ketat nak bagi melekat kat hunjung letak tepung gandum yang di bancuh tu.
6. Celup roti yang telah digulung ke dalam telur..
7. Bila roti dah sekata di celup masukkan dalam minyak dah panas.
8. Goreng hingga masak kekuningan.
9. Angkat dan toskan minyak. 

Makan panas-panas diwaktu petang memang sedap, yang tengah diet boleh tak ingat makan banyak hahaha, Cik Ash la tu. Tengok timbang naik sekilo terus insaf..

Kalau nak tengok versi cara Roti Sardin Gulung Yang Paling Mudah  boleh jer tengok blogger yang lain ada share, mungkin cara masak berbeza hihihi.. OK la jumpa lagi nanti di entri yang lain ya.

5 comments:

  1. wow, sedap ni. Makan tengah panas-panas tu kan. Berasap mulut. Tambah pulak cili dalam sardin tu. hihi. Boleh la try nanti, macam mudah je nak buat tu kan.

    ReplyDelete
  2. suka makan roti sardin ni tapi kurang suka part minyak meresap tu..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya cik ash.. 😍
    Musim hujan ni sedap sangat la layan roti sardin

    ReplyDelete
  4. Dah lama kita tak buat roti sardin gulung ni, dpt idea ni leh buat ptg sat g..tq ikin

    ReplyDelete