Monday, November 19, 2018

author photo
Asam Pedas Ikan Tenggiri | Assalamualaikum... Hai, Hari ini nak kongsikan resepi masakan daripada #dapurcikash hihihi.. lama dah tak update pasal resepi dekat blog ni hahahha... nak buat macam mana mood nak menulis dah datang kembali bila kesihatan agak merosot sikit ni.


Sebenarnya Ikan Tenggiri bukan Cik Ash beli pun, jarang sangat nak beli hihihi, ni kak ipar suami yang bagi, sebab ibu mentua nak makan asam pedas ikan tenggiri Cik Ash masak asam pedas ini. Dah lama sebenar kak ipar bagi dekat seminggu duk tersimpan dalam peti hahaha, gara-gara sebab tak ada stock bunga kantan dan serai.

Kebetulan kemalrin keluar pergi cari lauk untuk seminggu sempat la Cik Ash pergi pasal pagi jumaat dekat rumah taman ni cari la apa-apa bahan nak letak dalam masakan Asam Pedas Ikan Tenggiri ni.  Jom kita tengok apa bahan-bahan yang perlukan dalam resepi ni.


Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
3 ketul Ikan Tenggiri
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
3 batang bunga kantan (kecik2 tu masuk lebih)
1 sudu besar asam jawa (bancuh dengan air)
3 sudu besar Cili Kisar
Daun kesum
Bendi
garam
gula
secukup rasa
air 

Cara Membuatnya :-
1. Kisar bawang besar,bawang putih,halia,serai,kunyit hidup
2. Panaskan minyak , lepas tu tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Bila bahan tumis dah pecah minyak masukkan air asam jawa, dan air nak lebih kuah pun boleh nak pekat pun boleh terpulang ada pada korang.
4. Masukkan serai, daun kesum,bunga kantan dan bendi masak hingga mendidih.
5. Masukkan ikan tenggiri dan suaikan rasa letak garam, gula dan secukup rasa masak hingga mendidih.
6. Siap boleh di hidang dengan nasi yang panas.

Nampak menyelerakan tak resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri yang Cik Ash ni. Sebenarnya ni merupanya pertama kali  Cik Ash asam pedas  hahaha... Rupanya sedap lagi kita buat sesuai dengan tekak hihihi.. makan bertambah bila makan lauk ni... Selamat memcuba resepi yang Cik Ash kongsi ya.

This post have 12 komentar

avatar
Cik Nor delete November 19, 2018 at 9:51 AM

sdap terr..hntr cni skit..:)

Reply
avatar
Yun Sing delete November 19, 2018 at 11:50 AM

Sedapnya.. lapar pula tengok ^^

Reply
avatar
Unknown delete November 19, 2018 at 12:02 PM

Sedapnya asam pedas. Tapi qiya tak kenal la ikan tenggiri tu hehe

Reply
avatar
Cik Ash delete November 19, 2018 at 8:06 PM

hantar doh tu ko cik nor dapat tak

Reply
avatar
Cik Ash delete November 19, 2018 at 8:08 PM

ha ah sedap ni buat mok mentua nak makan cik ash buat la

Reply
avatar
Mimie delete November 20, 2018 at 2:02 PM

Asam pedas memnag sedap. Favourite.. Kalau dapat makan yang kuah nya kaw lagi terbaik kan

Reply
avatar
Murni Alysa delete November 21, 2018 at 8:45 AM

Sedapnya..akak suka asam pedas, tapi tak pernah masak

Reply
avatar
Rodiah Amir delete November 21, 2018 at 9:26 AM

ya ampun type commnt panjang dia hilang begitu sahaja. hahahha apa pon boleh cuba resepi ni nanti bila habis idea

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post