TICKER

Thursday, November 29, 2018

Drama Raisha 2 Kembali Menemui Anda Di Tonton

Drama Raisha 2 Kembali Menemui Anda Di Tonton | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Hari ini Cik Ash nak bagitahu kepada peminat drama Raisha 2 telah ditayangkan lebih awal di Tonton.


Raisha 2 ini akan bersiaran di slot Lestary TV3 ni selepas 2 minggu di tayangkan di tonton. Raisha diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan skrip ditulis oleh Mufid Suhaimi. Untuk Raisha 2 disiarkan sebanyak 12 episode secara eksklusif di tonton dalam format berdefinasi tinggi (HD).

Untuk sambungan episod kali, kisah Raisha yang bercita-cita ingin menjadi selebriti terkenal telah meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Rashdan. (Fadlan Hazim), yang menjanjikan watak utama untuk filem akan datang. 

Cik Ash tengok drama ni dekat tonton memang marah dengan watak diana tu sebab tak berubah langsung hahaha, emo sangat tengok drama ni. aduhaiiii

Sinopsis Drama Raisha 2 

Drama Raisha 2  ini mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.
Raisha yang bercita-cita ingin menjadi selebriti terkenal mengorak langkah dengan meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Rashdan, yang menjanjikan watak utama untuk filem akan datang.

Fuad yang marah dengan tindakan Raisha masih tidak mahu menceraikan Raisha kerana terlalu mencintainya. Namun untuk Raisha, penceraian adalah jalan terbaik selepas tidak tahan lagi dengan karenah Fuad yang memaksanya untuk berubah.

Apa akan terjadi dengan Raisha nanti boleh ke dia merubah kehidupannya yang lebih baik jom saksikan drama Raisha 2 ni di  www.tonton.com atautpun youtube tv3 untuk tengok drama 12 episod ni.

10 comments:

  1. Ai dah tengok semua episod. Macam ada hint musim 3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisya ha ah sama la tengok habis macam ada hint untuk musim 3 kan

      Delete
  2. alamak..nk tgk ke-2 kena tgk yg first dlu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok yang first dulu nieyla baru faham yang ni.

      Delete
  3. Macam best.. Lama dh tak layan drama.. Tapi nak kena tengok yg 1 dulu la kan.. Kang xtau jalan cerita pulak nt 😂

    ReplyDelete
  4. Wah.. sambungan.. pun tak berubah juga lagi ye si Raisha tu..

    ReplyDelete
  5. Adeh..skrg dok layan drama korea 😬

    ReplyDelete
  6. Tengok Diana dalam cerita ni rasa ringan je mulut nak maki..haha..emo betul.

    ReplyDelete