Thursday, November 29, 2018

author photo
Drama Raisha 2 Kembali Menemui Anda Di Tonton | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Hari ini Cik Ash nak bagitahu kepada peminat drama Raisha 2 telah ditayangkan lebih awal di Tonton.


Raisha 2 ini akan bersiaran di slot Lestary TV3 ni selepas 2 minggu di tayangkan di tonton. Raisha diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan skrip ditulis oleh Mufid Suhaimi. Untuk Raisha 2 disiarkan sebanyak 12 episode secara eksklusif di tonton dalam format berdefinasi tinggi (HD).

Untuk sambungan episod kali, kisah Raisha yang bercita-cita ingin menjadi selebriti terkenal telah meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Rashdan. (Fadlan Hazim), yang menjanjikan watak utama untuk filem akan datang. 

Cik Ash tengok drama ni dekat tonton memang marah dengan watak diana tu sebab tak berubah langsung hahaha, emo sangat tengok drama ni. aduhaiiii

Sinopsis Drama Raisha 2 

Drama Raisha 2  ini mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.
Raisha yang bercita-cita ingin menjadi selebriti terkenal mengorak langkah dengan meninggalkan keluarganya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Rashdan, yang menjanjikan watak utama untuk filem akan datang.

Fuad yang marah dengan tindakan Raisha masih tidak mahu menceraikan Raisha kerana terlalu mencintainya. Namun untuk Raisha, penceraian adalah jalan terbaik selepas tidak tahan lagi dengan karenah Fuad yang memaksanya untuk berubah.

Apa akan terjadi dengan Raisha nanti boleh ke dia merubah kehidupannya yang lebih baik jom saksikan drama Raisha 2 ni di  www.tonton.com atautpun youtube tv3 untuk tengok drama 12 episod ni.

This post have 14 komentar

avatar
Aisya Ismail delete November 29, 2018 at 9:43 AM

Ai dah tengok semua episod. Macam ada hint musim 3.

Reply
avatar
Nieyla Nadia delete November 29, 2018 at 11:44 AM

alamak..nk tgk ke-2 kena tgk yg first dlu ni...

Reply
avatar
Oshin delete November 29, 2018 at 11:57 PM

Macam best.. Lama dh tak layan drama.. Tapi nak kena tengok yg 1 dulu la kan.. Kang xtau jalan cerita pulak nt 😂

Reply
avatar
Sha Mohamed delete November 30, 2018 at 9:34 AM

Wah.. sambungan.. pun tak berubah juga lagi ye si Raisha tu..

Reply
avatar
Jari Manis delete November 30, 2018 at 4:08 PM

Adeh..skrg dok layan drama korea 😬

Reply
avatar
Nurzarini Ismail delete December 1, 2018 at 3:08 AM

Tengok Diana dalam cerita ni rasa ringan je mulut nak maki..haha..emo betul.

Reply
avatar
Cik Ash delete December 1, 2018 at 10:17 PM

aisya ha ah sama la tengok habis macam ada hint untuk musim 3 kan

Reply
avatar
Cik Ash delete December 1, 2018 at 10:18 PM

kena tengok yang first dulu nieyla baru faham yang ni.

Reply
avatar
Cik Ash delete December 19, 2018 at 12:03 AM

Kalau nak tgk yg 2 kena layan yang pertama dulu

Reply
avatar
Cik Ash delete December 19, 2018 at 12:03 AM

Memang tak berubah sha sama jer perangai

Reply
avatar
Cik Ash delete December 19, 2018 at 12:04 AM

Rini cik ash lebih pada tu emo tengok cerita ini

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post