Thursday, November 22, 2018

author photo
Drama Seribu Rindu Slot Akasia | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar,Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. TV3 sekarang ada drama hero dia  Zul Ariffin la, tak minat dia  tapi terlayan aduhaiii.. hihihihi.


Seribu Rindu

Drama bersiri Seribu Rindu dah seminggu dah ditayangkan di TV3 baru sempat Cik Ash nak kongsikan dengan peminat Zul Ariffin ni hihihihi macam Cik Ash sebab ada dia terlayan drama ni tu pun tengok online. 

Drama Seribu Rindu merupakan terbitan syarikat Orangetree Production Sdn Bhd dan arahan pengarah Zamri Zakaria. Telah pun ditayangkan pada 12 Disember 2018. 

Antara pelakon yang terlibat mejayakan drama ini adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz,Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil.


Sinopsis Drama Seribu Rindu

Drama ini mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (lrfan), Maisara (Azira Shafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Cinta Maisara dan Ariel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak kepada rakan perniagaannya. Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Airiel muncul semula demi menagih cinta Maisara.

Apakah akan terjadi dalam konflik drama Seribu Rindu ni tak sabarnya nak tengok sampai episode 26 ni.. Untuk korang yang tak sempat tengok dekat tv tu korang juga boleh saksikan kesudahan drama Seribu Rindu di www.tonton.com.my dan youtube TV3Malaysia

👉 Baca Lagu OST Drama Seribu Rindu

This post have 14 komentar

avatar
Ana Suhana delete November 22, 2018 at 8:15 AM

Bahaya kalau tertengok sekali sebab lps tu akan tertagih nak tgk lagi. Hehe. Tp mcm best je drama ni cik ash.

Reply
avatar
Cik Ash delete November 22, 2018 at 8:58 AM

tu la pasal memang bahaya Cik Ash bila start tengok gak melekat la hahaha

Reply
avatar
Ciktie delete November 22, 2018 at 7:00 PM

Yang ini siarannya malam ke masa maghrib tu cikash

Reply
avatar
sis gee delete November 23, 2018 at 5:41 AM

Gee layan drama nih! cannot tahan lah abam zul dalam ni melting habis!!haha

Reply
avatar
Rini Ismail delete November 24, 2018 at 6:01 AM

Tengok ke Cik Ash? Saya tak tengok..macam kureng pulak lepas tengok watak utama rambut oren. Dalam Vila Ghazara manis je lagi, tu yang tengok..hahah

Reply
avatar
Mia Liana delete November 26, 2018 at 4:11 PM

tengok runcit-runcit je.. tak dapat follow sangat...

Reply
avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete November 27, 2018 at 12:08 AM

ok terjebak dengan drama ni sebab ada zul ripin belakon ,,sweet sangat

Reply
avatar
Cik Ash delete December 19, 2018 at 12:09 AM

Cik Ash layan sebab zul hahah parokkk la

Reply
avatar
Cik Ash delete December 19, 2018 at 12:10 AM

Hihihi janji follow cerita ni kan

Reply
avatar
Cik Ash delete December 19, 2018 at 12:11 AM

Tu la sama la kita terjebak sbb zul ripin jah ni

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post