Tuesday, November 13, 2018

author photo
Maharaja Lawak Mega 2018 | Assalamualaikum.. Hai semua, harap sihat la ya.. Baru ada peluang nak update pasal Maharaja Lawak Mega untuk tahun 2018 ni. Nak buat macam mana ruang nak menulis bila perlu jer. Tak boleh nak tengok laptop lama jadi mata rasa pedih dan berpasir. 


Siapa kat sini peminat Maharaja Lawak Mega , boleh geng dengan ibu mentua Cik Ash hihihi, rancangan kegemaran beliau ni, Maharaja Lawak Mega 2018 dah mula bersiaran pada 2 November 2018 lagi. Dah masuk konsert kedua jumaat ni konsert yang ketiga dah. 

Maharaja Lawak Mega menampilkan gabungan barisan kumpulan pelawak lama dan baru. MLM 2018 telah di tayangkan di siaran Astro Warna & Astro Mustika HD jam 10 malam. Untuk tema tahun ni Sarkas. 

Manakala untuk sistem pemarkahan masih dikekal seperti musim sebelum ini iaitu 70 peratus daripada barisan juri dan manakala untuk 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi TikTok. 


Antara kumpulan pelawak  yang terlibat dengan Maharaja Lawak Mega 2018 ini ialah Bocey (Abam, Achey dan Fad) , Puteh ( Mamat & Ali) , Shiro (Ajak dan Shahrol) , Zero (Atu, Syaiful dan Shariff), Taman ( Tauke dan Man Posmen) , Joras (Ropie,Joey dan Rahim Sepahtu, Dany, 2B (Man dan Weera), Abata (Wannawala,Alham dan Ilham), Kiut (Shendo,Niezam dan Tapai), Chilok (Achok,Kamal Sumbu dan Chiwan, Hilmy Ashley, Masin ( Jiggy, Vicha dan Mamat Bora), Abioso ( Ami,Sarip dan Mamad).

Untuk bakal Juara MLM 2018 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000,tempat ketiga RM150,000, tempat keempat RM50,000 dan tempat kelima RM15,000 berserta trofi.

This post have 4 komentar

avatar
Khir Khalid delete November 13, 2018 at 11:18 PM

Maharaja lawak mega mmg best.. teringat lagi 'maharaja lewak' dulu hahaa. Kali ni mesti lagi best :D

Reply
avatar
Murni Alysa delete November 14, 2018 at 5:36 PM

Rumah akak takde astro..nanti tgk youtube jer laa

Reply
avatar
Ciktie delete November 14, 2018 at 8:47 PM

Kita tak pernah tengok pun maharaja lawak. Eehh pernah sekali itupun ulangan hehe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post