TICKER

Tuesday, November 27, 2018

Percutian Ke Langkawi Dengan Flight + Hotel Package Traveloka

Percutian Ke Langkawi Dengan Flight + Hotel Package Traveloka |Musim cuti sekolah dah tiba, ramai la kawan-kawan Cik Ash yang sedang merancang untuk bercuti ke tempat-tempat yang best dan menarik, mesti nanti penuh pelbagai gambar-gambar yang cantik dan lawa, kadang kan dalam hati terasa iri hati dengan mereka dapat peluang bercuti bersama-sama dengan keluarga meriah tengok. Sampai ada tu Cik Ash siap bagitahu dekat suami jom la kita pergi bercuti relaxkan minda sambil-sambil pergi berbulan madu hehehe.
Langkawi
Tapi nak buat macam mana Cik Ash kadang fikirkan masa, tenaga dan kewangan untuk bercuti, ni bukan apa sekarang ni agak mahal kosnya kan sebab tu kadang-kadang fikir kalau nak pergi satu tempat ni kena betul-betul rancang, Lagi pulak suami perlu kena buat urusan mintak cuti dengan tempat kerjanya sebulan lebih awal untuk bercuti. Manakala untuk dari segi kewangan ini kena fikirkan juga maklum lah suami seorang jer kerja, gaji kadang cukup-cukup hingga hunjung bulan nak dekat gaji hehehe...


So dalam duk fikir-fikr destinasi percutian maka terlintas di dalam kepada Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi dan Cik Ash ada ternampak satu pakej percutian yang menarik dalam satu masa kita boleh tempah flight + hotel serentak wah senang kerja tu tak payah susah nak booking dan bila sampai sana kan. Tak pening kepala lepas ni kalau nak cari flight + hotel. Lagi pulak laman web yang Cik Ash nak bagitahu satu laman web yang ramai yang tahu mengenainya iaitu traveloka.com.

Kenapa Perlu Tempah Flight + Hotel Dengan Traveloka

Mesti korang tertanya kenapa perlu tempah flight + hotel dengan traveloka, sebenarnya traveloka ni satu laman web yang sangat mesra pengguna! Traveloka sentiasa ada menawarkan promosi kupon diskaun di mana korang akan dapat lebih murah dengan potongan diskaun yang diberikan. Traveloka satu laman web yang selamat digunakan. Tak kan jadi isu akan ditipu kalau beli pakej daripada traveloka secara online. Tambahan pulak sekarang traveloka ada membuat promosi boleh tempah serentak pakej kombo flight + hotel


Untuk pengetahuan korang untuk pakej kombo flight + hotel ini terbahagi kepada 4 pilihan kita boleh untuk pencarian yang mana kita suka :- 


  • Lowest price (harga terendah) 
  • Highest price (harga tertinggi) 
  • Review score (markah ulasan) 
  • Highest popularity (paling popular) 

Kalau korang yang jenis merancang bajet untuk percutian, almaklum lah kadang-kadang tu modal tak banyak kan, so korang boleh memilih "lowest price" untuk pencarian flight + hotel yang murah. Tambahan pulak korang boleh tetapkan harga di fungsi filter mengikut bajet korang. 



Untuk memudahkan korang faham Cik Ash telah mencuba untuk mencari Langkawi Tour Packages , Cik Ash memilih option 'highest popularity' selepas membuat pemilihan itu Cik Ash tengok harga untuk kombo masih lagi dalam kategori yang menjimatkan tak ada la mahal sangat. 

Bagaimana Cara Tempah Pakej Kombo Hotel + Flight Dengan Traveloka

Untuk menempah pakej kombo hotel +flight mudah jer sebenarnya, korang masuk dekat laman web (klik link berwarna biru tu). Untuk permulaannya sila rujuk cara-cara dekat bawah ni :-

1. Pilih flight + hotel- bahagian ini korang kena masukkan destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan percutian korang ya. 


2. Pilih dan susun flight + hotel yang telah ditawarkan. 





3. Bila dan jumpa yang mana berkenan, korang kena ubah la masa penerbangan dan jenis bilik yang korang nak nanti.



4. Selepas itu korang perlu kena semak ringkasan perjalanan dan hotel ya, dan kalau korang dan berpuas hati dengan semakan itu dan boleh klik jer continue to booking. 



5. Selepas itu korang kena isi dulu butiran di borang tempahan sebagai contoh di bawah ini, termasuklah segala butiran penumpang untuk penerbangan. Pastikan semua maklumat butiran adalah betul dan tepat supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini semasa check-in dan penerbangan dapat dielakkan.


6. Step yang terakhir pula ialah korang perlu membuat bayaran - setelah membuat bayaran dan berjaya nanti korang akan menerima email daripada traveloka dalam email tu akan disertakan e-tiket dan baucer.

Macam mana mudah kan cara-cara yang baru di tawarkan di traveloka ini, selalunya yang kita tengok di laman web lain menawarkan ciri biasa online pembayaran, untuk korang di traveloka sekarang ada menawarkan pelan ansuran 0% oleh maybank (kredit) eksklusif hanya di traveloka. Pelan ini tersedia ansuran untuk 6 bulan atau 12 bulan.


Untuk pengetahuan korang pakej kombo flight + hotel hanya tersedia di app android  sahaja. Manakala untuk IOS coming soon. So apa tunggu lagi jom booking flight + hotel di traveloka.com.

7 comments:

  1. weih best ! Jom kita wat trip dengan Traveloka. Satu ke Phuket satu ke Langkawi. Ni entry Phuket

    http://www.mekyunie.com/2018/11/pakej-bercuti-ke-phuket-dengan.html

    ReplyDelete
  2. Mudah ada traveloka kan bila nk travel mane2

    ReplyDelete
  3. Langkawi ni lama dh dalam list nak pergi jalan2.. Nanti blh la guna servis traveloka nk cri hotel2 senang sikit

    ReplyDelete
  4. bestnya Langkawi!!!memang best guna Traveloka ni!mudah dan jimat!!

    ReplyDelete
  5. Tengok entri ni terus rasa nk g langkawi. Ana pernh book dengan Traveloka. memang murah.

    ReplyDelete
  6. SKrg semua d hujung jari..guna smartphone jek..ada duit semua on..dulu perlu pc kat umah skrg satu semua semua isi rumah ada smartphone

    ReplyDelete