TICKER

Wednesday, November 7, 2018

Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir | Assalamualaikum... Hai semua, harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya. Hari ini Cik Ash berkongsi resepi daripada #dapurcikash iaitu Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir. 

Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

Masakan Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir resepi asal daripada mak mentua, hihihi, dia yang bagitaw cara buatnya so untuk ingatan Cik Ash semula-mula ataupun tatapan rakan pembaca blog Cik Ash kongsikan dalam blog ni. Cik Ash pun tak pernah makan dan masak macam ni. Kiranya ni la pertama kali buat. Jom tengok cara membuat masakan Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir.

Resepi Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

Bahan-Bahan
Pucuk Paku
Bawang besar
Bawang putih
Telur
Serbuk kunyit
kulat sisir
garam
secukup rasa
minyak

Cara Membuatnya :-
1. Basuh pucuk paku dah hiris.
2. Rendam kulat sisir bagi hilang kotoran. Selepas itu goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Mayang bawang besar dan bawang putih.
4. Panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang besar.
5. Masukkan kulat sisir gaul sebati.
6. Masukkan pucuk paku,telur, garam,secukup, serbuk kunyit dan kacau sehingga sekata hingga masak dan boleh di angkat makan nasi panas-panas.

Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir

Buat masakan Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir macam ni, makan nasi bertambah tak perasan, hihihihi, sedap makan dengan nasi panas-panas tak makan lauk lain pun tak pe ya. Rasa memang meletup sangat. hihihi.. Mak Mentua Cik Ash yang tak lalu makan boleh bertambah selera bila buat masakan begini. hihihihi..

So kepada korang yang nak memcuba resepi Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir dipersilakan la.. kena cari bahan-bahan di atas dulu. Sukatan bahan tu Cik Ash tak letak pun sebab buat masa main agak-agak jer barang yang ada. hihihi..

Ok la korang selamar mencuba resepi Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir resepi daripada #dapurcikash hihihi.. Jumpa lagi nanti dientri resepi yang lain insyaAllah akan ada nanti...

12 comments:

  1. sbnrnya shu tak pernah makan pucuk paku tu. tapi resepi ni buat shu teringin nak mncuba. menyelerakan. tq cikash utk resipi ni.

    ReplyDelete
  2. buat pedas skit kin..perghh..sdapnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat pedas sikit jah cik nor buat lebih gak ada hok xleh makan pedas kat rumah ni hahaha

      Delete
  3. tengok gmbar dah terliur cene ni kak haha kena hantar kat sha sikit ni

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan pucuk paku dan kulat sisir sebab susah dapat kat area LZ tinggal ni Cik Ash. Nampak sedap resepi Cik Ash kongsi.. LZ suka masak pedas makan dengan bubur nasi, yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni resepi ibu mentua hihihi cik ash share dekat blog senang nanti boleh rujuk2 bila

      Delete
  5. seriously tak pernah lagi rasa kulat sisir tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba makan tu baru taw rasa macam mana

      Delete
  6. wahhh, kulat sisir memang sedap... :)

    ReplyDelete