TICKER

Sunday, November 25, 2018

Sambal Tumis Telur Rebus Goreng

Sambal Tumis Telur Rebus Goreng | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar harap semuanya sihat la ya. Hari ini baru nak share masakan daripada #dapurcikash

Sambal Tumis Telur Rebus Goreng

Sambal Tumis Telur Rebus Goreng ini Cik Ash masak pada khamis lepas buat bekal untuk suami hihihi.. sejak guna lada kering beli dekat kelantan ni asyik buat sambal tumis hahaha sebab lada kering yang CIk Ash beli dekat Kelantan memang tak pedas langsung tu best makan. 

Lagi pulak suami bab sambal tumis febret dia ikut la sambal tumis apa-apa pun janji sambal tumis. Paling febret dia Sambal Tumis Ikan Bilis dan banyak lagi koleksi resepi di #dapurcikash. Jom usha resepi dekat bawah ini.
Sambal Tumis Telur Rebus Goreng

Resepi Sambal Tumis Telur Rebus Goreng
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
4 biji telur 
10 keping lada kering (kisar)
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia 
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc secukup rasa 
Minyak masak

Cara Membuat :- 
1. Rebus telur lepas tu kupas-kupas kulit dan goreng telur tu.
2. Bawang besar,bawang putih, halia di kisar.
3. Panaskan minyak tumis bawang besar,bawang putih, halia hingga naik bau.
4. Masukkan lada kering tumis hingga pecah minyak. 
5. Suaikan rasa garam dan secukup rasa.
6. Masukkan telur gaul-gaul biar sekata. 
7. Siap boleh dimakan dengan nasi panas.

Ok la korang itu jer cara Cik Ash buat Sambal Tumis Telur Rebus Goreng simple jer hihihi.. selamat memcuba ya.

14 comments:

  1. Makanan macam ni memang sedap makan dengan nasi putih tengah panas-panas..fuhh confirm tambah 2x nasi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tambah nasi la rabia kalau dah makan ni

      Delete
  2. ni tengah baca tengah malam ni rasa nak masak sekarang la pulak, alahai sedapnyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak yang menulis resepi banyak kali terliur hihihi

      Delete
  3. Syok lauk ni, husniey dengan telur berpisah tiada. Hehe seronok kalau dapat lauk ni dua tiga butir telur boleh habis 😜

    ReplyDelete
  4. telur kalau masak sambal memang fav seisi keluarga...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. lama tak masak sambal telur style macam nie..

    ReplyDelete
  6. masakan plg sedap.. lama xbuat... lapa plak tgk.. hehe

    ReplyDelete
  7. Terasa nk masak sambal telur rebus goreng plak..biasa buat sambal udang, bilis..nk try la esok

    ReplyDelete
  8. Salute dgn Ekin..hari2 ada entri baru..sis JM nk update 1 entri pun ber centa

    ReplyDelete
  9. ni menu hari malas kak ana, ekin hehe :)

    ReplyDelete