Thursday, November 15, 2018

author photo
Senarai Finalis Konsert Akhir Gegar Vaganza 5 | Assalamualaikum... Hai, harap semuanya sihat walafiat ya. Hari ini Cik Ash nak kongsikan senarai finalis yang bakal berentap di konsert akhir Gegar Vaganza 2018 pada ahad ini. 

Enam finalis yang bakal berentap untuk merebut gelaran bakal Juara nanti. Antara mereka ialah Maya, Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Dia Fadila dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Untuk tugasan di konsert akhir nanti membawa tema duet dan battle , para finalis akhir ini akan diberikan cabaran untuk menyampaikan dua buah lagu. Pertama kali di dalam Gegar Vaganza , finalis dikehendaki membawakan lagu duet bersama artis jemputan nanti. 

Manakala untuk persembahan kedua di konsert akhir mereka ditugasan battle menyanyikan lagu terbaru dan bukan dari kalangan lagu mereka. Antara lagu-lagu yang akan di nyanyikan oleh finalis nanti di konsert akhir Gegar Vaganza 2018. 

Tugasan Pertama Lagu Duet  

1. Noryn Aziz & Awi Rafeal - Laskar Cinta ( Dewa 19) 
2. Amelina & Bob - The Power Of Love (Celina Dion) 
3. Dia Fadila & Ajai - Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti) 
4. Maya & Ernie Zakri - Nisan Cinta ( Siti Nordiana & Jaclyn Victor) 
5. Zamani & Ameng - Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M.Nasir) 
6. Billy Zulkarnain & ldayu - Curiga (Ning Baizura) 

Tugasan Kedua Lagu "Battle"

1. Wherw Is The Love ( The Black Eyed Peas) - Noryn Aziz vs Dia Fadila 
2. Teman Pengganti (Black & Malique) - Amelina vs Maya 
3. Bunga (Altimet) - Billy Zulkarnain vs Zamani

Pentas konsert akhir Gegar Vaganza bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan siaran langsung di saluran Astro Ria pada 18 November 2018 pada jam 9.00 malam. 

Manakala untuk undian 100% diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim dan serta juri undangan. 

Juara Gegar Vaganza 5 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000, manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk pemenang ketiga. Turut diikuti di tempat keempat, kelima dan keenam mendapat wang tunai sebanyak RM20,000, RM150,000 dan RM10,000 turut disertakan dengan trofi. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Gegar Vaganza 5 sila layari laman web www.gegarvaganza.com.my atau laman instagram rasmi  @gegarvaganzaofficial

This post have 5 komentar

avatar
Wani Sukarno delete November 15, 2018 at 4:40 PM

tak tengok GV ni jadi x tahu cerita hii..apapun good luck untuk semua yang bertanding

Reply
avatar
Cik Ash delete November 17, 2018 at 11:13 PM

Kita share dekat org yang minat hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete November 17, 2018 at 11:14 PM

Xpe ekin update ni taw la perkembangannya hihihi

Reply
avatar
Ciktie delete November 18, 2018 at 12:57 PM

Jom kita tengok siapa yang menang malam nanti ye

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post