Tuesday, November 13, 2018

author photo
TIME Fibre Home Broadband Kini Menawarkan Langganan Jalur Lebar Yang Pantas | Assalamualaikum, Hai, semua apa khabar harap semuanya sihat la ya. 

Buat anda yang selalu mempunyai masalah internet yang lambat dirumah? Tambahan kalau suka sangat dowload movie ni ada berita baik buat  anda tentang satu plan jalur lebar daripada TIME yang menawarkan plan istimewa buat anda. 



Pada 7 Oktober 2018, TIME telah melancarkan perkhidmatan jalur lebar di rumah (broaband) yang terpantas di Malaysia dengan kelajuan mencecah sehingga 1Gbps pada kadar harga yang lebih murah. TIME kini merupakan pelan jalur lebar terpantas di Malaysia, menawarkan pelan jalur lebar yang termurah dirumah, harga RM99 bagi kelajuan intenet 100Mbps sangat berbeza kalau dibandingkan dengan pesaingnya dalam kelajuan yang sama. 

Selain itu, TIME turut juga menawarkan harga mampu milik, TIME juga memberikan potongan bernilai RM100 di dalam bil pertama apabila pelanggan pertama kali berdaftar dilakukan secara online. Proses untuk pendaftaran secara online amat mudah dan boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit. Mudah dan senang kan, anda tak perlu ke kedai untuk mendaftar. Hanya duduk dirumah anda berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar pada harga yang lebih murah lagi serta dapat menikmati potongan sehingga RM100 dalam bil pertama nanti.


Antara plan yang terdapat di dalam pakej TIME ialah : 

1. TIME 100Mbps - RM99/bulanan
2. TIME 500Mbps - RM139/bulanan 
3. TIME 1Gbps - RM199/month 


Apa itu Kabel Optik? 








Untuk pengetahuan anda kebanyakkan pengusaha jalur lebar sekarang menawarkan rangkaian internet melalui kabel optik berbanding kabel tembaga sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebab itu saya syokkan anda memilih kabel optik kerana ianya banyak kelebihan yang anda akan dapat dari beberapa sudut iaitu :- 

 


 Kelajuan - Melalui fiber optik sememangnya kelajuan mengatasi kabel tembaga kerana fiber optik menyebarkan data dalam gelombang cahaya dan ianya kurang 31% sahaja dari kelajuan cahaya, jadi fiber optik jauh lebih laju dari gelombang elektrik yang disebarkan oleh kabel tembaga. 

Kapasiti yang lebih tinggi dalam penghantaran data - Fiber optik mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dalam penghantaran data,maksudnya ia mampu menampung pelbagai peranti yang digunakan secara serentak di atas talian dalam sebuah rumah. 


Cuaca Buruk - Kebiasaan line internet mudah terganggu oleh cuaca kan, sebagai contoh tertiba cuaca buruk, hujan, ribut dan sebagainya, tiba-tiba talian internet mudah terganggu tapi dengan fiber optik ni ia tidak akan menjejaskan kerana fiber optik di hantar melalui gelombang cahaya bukan elektrik.

Liputan - Disebabkan fiber optik ni masih lagi baru jadi kemungkinan liputan untuk fiber optik ni masih lagi terhad tapi korang boleh jer check samaada rumah korang berada dalam coverage atau pun tak, Jika rumah korang berada dalam convergare jangan tunggu lama-lama, fiber optik sememangnya pilihan yang sangat berbaloi. 

Misi TIME Untuk Rakyat Malaysia Dapat Rangkaian Jalur Lebar Terbaik 

Usaha TIME untuk menjadikan rakyat Malaysia yang laju. TIME percaya semua orang patut pantas internet dan jalur lebar gentian. Kabel gentian optik lebih selamat, berdaya tahan dan memindahkan data lebih cepat berbanding dengan kabel tembaga tradisonal. TIME berbangga untuk mengatakan bahawa mereka telah membina rangkaian gentian 100% sendiri. Ini bermakna bahawa mereka mempunyai kawalan penuh ke atas kualiti sambungan mereka, memberi kepada perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk anda. 


Seperti talian telefom menggunakan kabel tembaga, kabel gentian optik boleh diletakkan di dalam saluran bawah tanah atau menggunakan tiang utiliti. Untuk pemasangan tiang kabel fiber di tepi jalan adalah sukar dilakukan kerana kebanyakkan kawasan telah dipenuhi dengan tiang elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiang Telekon Malaysia (TM) sehingga menyebabkan tiada ruang yang tinggal untuk menambah tiang baru. Oleh itu, untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak majlis pebadaraan juga agak sukar dan mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan nanti.  

TIME tidak mahu menyewa rangkaian sedia ada daripada TM kerana mereka tidak dapat mengawal kualiti dan kelajuan. Proses untuk menanam kabel optik dijalankan juga adalah agak rumit. Kerja menggali jalan, memasukkan kabel dan menutup kembali lubang akan menghasilkan bunyi bising, kesesakan lalu lintas serta memerlukan persetujuan daripada penduduk setempat sebelum boleh dilaksanakan. 



Mereka sentiasa mencari cara yang paling berkesan untuk menggunakan sumber untuk memberikan internet yang berkualiti kepada orang ramai. Setakat ini, mereka telah memberi tumpuan kepada bangunan yang bertingkat tinggi melalui 'tulang belakang' utama bangunan tinggi, jadi pendawaian bangunan tunggal membolehkan TIME untuk berkhidmat beberapa unit sekaligus.

Internet yang pantas adalah lebih penting untuk gaya hidup dan ini hanya dicapai dengan adanya serat. Memandangkan permintaan semain berkembang untuk infrastruktur serat untuk menyokonh internet berkelajuan tinggi, pemaju membangun saluran serat dan meletakkan serat di bandar baru untuk menyediakan ulititi asas ini kepada pemilik rumah. Ini menjadikannya lebih pantas untuk menggunakan perkhidmatan time di kawasan tersebut.


TIME sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggannya. Meskipun terdapat isu rangkaian liputan yang masih kurang, TIME sentiasa berusaha meningkatkan liputan rangkaian menggunakan fiber optik ke kawasan yang lebih luas. Hanya semak kawasan kediaman anda di dalam ruang ' Semakan Liputan' di dalam sesawang TIME dan sekiranya masih tiada dalam liputan, korang hanya perlu masukkan alamat kediaman agar pihak TIME dapat mengkaji semula dan merancang proses pemasangan rangkaian di tempat anda. Jadi sentiasa semak semula lokasi liputan rangkaian di laman sesawang TIME bagi mengetahui kawasan yang telah diperbaharui. 

Bagi mereka yang telah berada di dalam ruang liputan rangkaian TIME jangan lepaskan peluang ini, Hanya RM99 bulanan dan korang akan menikmati internet berkelajuan sehingga 100Mpbs dan dengan hanya RM199 sebulan, anda boleh menikmati internet berkelajuan tinggi sehingga 1Gpbs. Tawaran ini adalah terhad dah sah secara atas talian sahaja. Jadi daftar sekarang di Untuk tengok promosi TIME Fiber


This post have 3 komentar

avatar
Khir Khalid delete November 13, 2018 at 11:20 PM

Semakin mantap nampaknya Time ni.. menarik. Thanks sharing CikAsh

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post