BERITA TERKINI BLOG CIK ASH

Sunday, December 9, 2018

Daging Goreng Black Paper Simple

Daging Goreng Black Paper Simple  | Assalamualaikum... Selamat pagi korang semua terima kasih yang baru singgah baca blog Cik Ash ni, Terima kasih juga pada yang komen entri Cik Ash sebelum ni.

Daging Goreng Black Paper Simple

Rasanya dah lama Cik Ash tak update resepi daripada #dapurcikash dekat blog ni kan, hahaha nak buat macam mana masak rajin nak buat entri jer malas sekarang. Daging Goreng Black Paper Simple ni Cik Ash buat dah lama  baru nak kongsi hari ini hahaha.. Spontan jer buat resepi ni pening tahu nak masak untuk bekalkan dekat suami hihihi setiap hari. 

Cara masak dia pun Cik Ash buat campak-campak jer hahaha, mujur sedap lauk ni suami kata,biasa la sekali sekala ubah selera suami kata. Jom kita tengok resepi ni dekat bawah ini :-
Daging Goreng Black Paper Simple

Resepi Daging Goreng Black Paper Simple

Bahan-bahan 
Daging
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - di hiris
1 biji cili besar
1 sudu kfc serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
tomato ceri
sos tiram
serbuk lada hitam
kacang buncis 
garam
secukup rasa
minyak masak

Cara Membuatnya :-
1. Rebus daging hingga empuk. 
2. Bila air rebusan daging dah kering boleh masukkan minyak, serbuk kunyit , kacau lepas itu masukkan bawang putih dan serai. 
3. Lepas tu masukkan sos tiram,blackpaper sauce dan serbuk lada hitam dan lepas kacau hingga sebati. 
4. Lepas tu masukkan garam dan secukup rasa.
5. Masukkan kacang buncis, bawang besar dan cili besar.
6. Siap boleh dihidang dengan nasi panas. 

Senang tak resepi Daging Goreng Black Paper Cik Ash kongsikan ni, selamat memcuba resepi ni.. Kalau korang nak memcuba resepi lain boleh tengok di koleksi #dapurcikash.

5 comments:

  1. yang ni kaella nak try masak, dari haritu lagi craving daging tetiba pula la, tapi tak pernah ada masa nak beli daging. hehe

    ReplyDelete
  2. wah sedap kelihatannya..terima kasih resipinya ya..

    ReplyDelete
  3. Jeliro sungguh kelih. Terus suruh wife masak resepi ni esok! 😊

    ReplyDelete
  4. Sedapnya lah..blh try masak la nanti

    ReplyDelete