Thursday, December 27, 2018

author photo
Drama Aku Cinta Dia | Siapa kat sini peminat pelakon Aiman Hakim mesti akan layan drama ini kan, tambah ada pulak heroin pelakon dari seberang yang kian popular mencipta nama di Malaysia iaitu Hannah Delisha. 

Aku Cinta Dia

Drama Aku Cinta Dia diarahkan oleh pengarah Bahri Umar dan merupakan terbitan syarikat Sapphire Screen Sdn Bhd. Telah ditayangkan pada 26 Disember 2018 bermula jam 9.00 malam setiap hari Rabu hingga Jumaat. Drama ini mempunyai sebanyak 20 episode.

Antara pelakon yang membarisi Drama Aku Cinta Dia ini ialah Hannah Delisha (Laila) , Aiman Hakim (Affan), Nadia Brian (Sarina), Ikmal Amry (Akbar), Fahad Iman (Ikhwan), Hafiz Bahari (IIi), Catriona Brian Ross (Puan Zaity), Fauzi Nawawi (Dr Azhar), Nasz Sally (Bib), Elly Mazlein (Rima), Raja Hakim, Zul Huzaimy (Luq), Yuna Rahim (Isya) dan Natasha Elyzza (Ariana).


Sinopsis Drama Aku Cinta Dia

Drama ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Laila yang meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya Ikhwan telah putus di tengah jalan.

Kerana peristiwa itu Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia jua terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya. 

Semasa di Amsterdam, Laila tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila. Setelah itu dia mendapatakan tempat tinggalnya untuk keluar bersiar-siar.  

Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku. 

Pertemu Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina yang telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat. 

Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut. 

Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ni mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan. 

Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan. 

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam? 

Ok la, bila baca sinopsis Drama Aku Cinta Dia ni nampak macam best tak sabar nak tahu kesudahan drama ini macam mana. Boleh masuk list drama ni nak layan. Cik Ash sempat layan drama dekat online jer pun.

This post have 6 komentar

avatar
Wani Sukarno delete December 28, 2018 at 4:46 PM

ohh Hannah orang indonesia ke,,ingat orang Malaysia.. x de pelat langsung kecek melayu sini.. ..tertanya plak.. dia ni tiba2 jadi pelakon macam mana

Reply
avatar
Cik Ash delete January 7, 2019 at 3:23 PM

Tu la layan gak tapi tengok online jah hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete January 7, 2019 at 3:29 PM

Memang menarik cerita ni hihihi..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post