-->

Monday, December 17, 2018

author photo
Drama Kan KuKejar Cinta Kamu | Assalamualaikum...Terima kasih kepada korang pertama kali singgah baca blog ni. Hari ini Cik Ash nak sharing drama yang bakal mengantikan Isteri Bukan Untuk Disewa. Tengok iklan macam menarik jer drama ni.. Nanti boleh masuk list layan drama ni. 



Drama Kan Kukejar Cinta Kamu akan mula ditayang pada 17 Disember 2018, iaitu malam ni pada jam 10.00 malam. Gandingan dua pelakon Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Drama ini merupakan adaptasi novel tajuk yang sama.

Drama Kan Kukerja Cinta Kamu ni merupakan terbitan syarikat Global Station Sdn. Bhd dan arahan Pengarah Yusry Abdul Halim. Sebanyak 28 episode.
 
Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu
Antara pelakon yang menjayakan watak dalam Drama Kan Kukerjar Cinta Kamu ini ialah Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari.


Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu

Alma ( Amyra Rosli ) dan Raiyan ( Fendy Bakry ) bertemu ketika bersama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga mereka sebelum kembalinya ke tanah air.

Nek Bonda ( Delimawati ) yang digelar ‘Hitler’ orang berkuasa dalam keluarga Raqibmengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila ( Elya Miera ) untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahukan Alma berkahwin dengan Huzail ( Hafidz Roshdi ), anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Apakah bakal terjadi dalam drama ni sesama la kita tengok nanti ya. hahhaha.. novel dia Cik Ash belum baca lagi.. Nanti nak usha dekat online ada rasa la. Ok la korang semua jumpa lagi ya.
your advertise here

This post have 5 komentar

avatar
Tiara Sapphire delete December 17, 2018 at 4:24 PM

adaptasi novel ke? rasanya saya ada novel tajuk camni tapi dah lupa pula kisah dia pasal apa..hihi

Reply
avatar
Husniey Husain delete December 18, 2018 at 12:42 PM

Ooh ingatkan suami isteri berlakon tadi. Lama tak tengok lakonan amira rosli

Reply
avatar
Cik Ash delete December 18, 2018 at 11:50 PM

Amyra berlakon dengan orang lain

Reply
Next article Next Post
Previous article Previous Post