Sunday, December 30, 2018

Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku

Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku | Kemain tajuk entri Cik Ash kan, sebenarnya pertama kali Cik Ash masak pajeri nenas ni atas permintaan Ibu Mentua Cik Ash dia teringin nak makan pajeri nenas siap buat permintaan dekat Cik Ash kalau rajin mok teringin nak makan pajeri nenas.

Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku

Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku ni pertama kali Cik Ash buat selalu mok nak makan dia akan suruh kakak ipar Cik Ash masakkan hihihi, untuk kali ini ibu mentua buat permintaan dengan menantunya pulak, mujur la Cik Ash pernah buat pajeri terung sebelum ni ingat resepi tu jer sama jer cara buat. 

Mesti korang tak sabar nak tahu resepi Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku kan jom la lihat dekat bawah ini Cik Ash nak kongsikan apa bahan-bahan yang perlu kita sediakan untuk buat pajeri nenas ni.
Pajeri Nenas

Resepi Pajeri Nenas 
Oleh : Cik Ash

Bahan-Bahan 
Nenas - dibersihkan dan dihiris-hiris
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sudu besar gula
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc secukup rasa
santan secukupnya
kerisik
minyak masak
3 sekawan (cengkih,kulit kayu dan bunga lawang)
3 sudu rempah kari ( bancuh dengan air)

Cara membuatnya :-
1. Memulakan kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan kisar dan 3 sekawan hingga berbau wangi.
3. Apabila bahan tumis dah kekuningan masukkan serbuk rempah kari yang telah dibancuhkan dengan air sedikit.
4. Kacau rempah sehingga  masak dan pecah minyak.
5. Kemudian masukkan hirisan nenas dan biarkan hingga nenas masak dan sebati dengan rempah.
6. Apabila dan sebati bolehlah masukkan kerisik tu agak-agak korang la ya.
7. Masaklah sehingga kuah sedikit pekat nak cair pun boleh. Cik Ash terlebih pekat sikit. terpulang pada selera korang la ya kalau nak buat nanti.
8. Siap boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Buat pajeri nenas ni dapat pujian daripada suami dia kata rasa pajeri nenas semua rasa ada tapi kuah terpekat sikit kalau cair lagi sedap hihihi, mak mentua pun ianya jer suami cakap. Tak pe boleh tambahkan air nanti nak cairkan.

Ok la selain resepi Pajeri Nenas Untuk Ibu Mentuaku, Cik Ash turut kongsikan resepi-resepi lain kalau tengok koleksi resepi boleh terjah koleksi #dapurcikash ya. Banyak pengkongsian koleksi masakan Cik Ash buat.

4 comments: