Wednesday, January 23, 2019

author photo
Daging Goreng Berempah Air Fryer | Loni mudah bila ada air fryer nak makan daging goreng masak guna air fryer jer. Tak payah nak kacau daging bagi masak sekata. hihihi. Senang dan memudahkan kerja Cik Ash. Hari ini Cik Ash nak kongsikan dengan korang masakan daripada #dapurcikash hihihi. Jom tengok cara nak membuat Daging Goreng Berempah Guna Air Fryer ni. 

Daging yang di goreng air fryer jadi sedap dan kita kurangkan pengunaan minyak bila buat Daging Goreng Berempah ni. Nampak basah jugak tak kering sangat.

Mesti korang tak sabar dah nak tengok cara Cik Ash masak Daging Goreng Berempah menggunakan air fryer ni kan. Jom la usha dekat bawah ni resepinya :- 


Resepi  Daging Goreng Berempah Air Fryer

Bahan-bahan
Daging
Rempah satay
kacang buncis
lada merah
1 labu bawang merah
1 bji bawang putih
1 inci halia
garam
secukup rasa 



Cara Membuatnya :- 

1. Mula-mula basuh daging dan hiris kecil-kecil. 

2. Hiris bawang merah, bawang putih, halia dan kacang buncis. 

3. Masukkan daging dalam bekas bulat gaulkan dengan rempah satay bersama dengan minyak masak 1 sudu besar ,garam dan secukup rasa bagi sebati. Perapkan selama sejam lebih gitu.

4. Gorengkan dalam air fryer dengan suhu 180 dan 10 minit pertama. kalau rasa nak garing lagi daging tambah dalam 10 minit lagi masa tu la Cik Ash masukkan bawang putih,bawang besar, halia ,kacang buncis dan lada merah gaul biar kata dan gorengkan dalam balik.

5. Tunggu sehingga daging masak dan berbunyi muzik tanda makanan kita goreng dah siap masak. 

Senang kan, itu jer cara Cik Ash buat simple dan senang hahaha.. Selamat memcuba kepada korang yang ingin memcuba buat Daging Goreng Berempah Air Fryer ni. Kalau rasa teringin nak tukar-tukar resepi lain boleh jer usha dekat koleksi masakan #dapurcikash.

This post have 7 komentar

avatar
mamapp delete January 23, 2019 at 6:22 PM

wah sedapnya.. sihat pula tu

Reply
avatar
apekinahdotcom delete January 23, 2019 at 8:52 PM

Hehe ni nak collect resepi air fryer cik ash ni.

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete January 24, 2019 at 1:18 AM

best ade air fryer..
CT nak beli jugak sbijik insyallah..

Reply
avatar
Tengkubutang delete January 25, 2019 at 8:30 AM

fuh.. nyum2.. sedap tuuu.. nak try buat lah.. tapi takde air fryer..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post