Tuesday, January 8, 2019

Dapat Miliki Air Fryer Haier Go Shop

Dapat Miliki Air Fryer Haier Go Shop | Alhamdulilah, list untuk tahun 2018 ada yang belum tercapai, tahun baru ni Cik Ash puaskan hati beli Air Fryer Haier hahaha, Dah lama duk teringin nak Air Fryer ini masa tu harga dekat go shop rm272. Bab nak membeli ni Cik Ash fikir banyak kali biasa sebab tahu banyak lagi nak guna duit.. hihihi..


Aritu kebetulan rumah Cik Ash ada masalah rangkain internet tak berfungsi selama seminggu lebih. Sebab puas tak dapat nak guna internet seperti biasa harap  guna data suami jer. Dalam tidak ada internet tu Cik Ash terjoin la mak mentua tengok TV setiap masa sambil-sambil buat kerja dekat rumah ni. 

Nak tahu tak mak mentua Cik Ash ni salah seorang peminat tegar rancangan go shop hari-hari dia duk tengok kadang siap panggil Cik Ash duk kata produk ni produk itu. Hahaha... Kebetulan aritu tengok live Air Fryer Haier di go shop tengok jauh lebih murah pada harga asal dan turun kepada RM199.. Fikir punya fikir ada rezeki lebih tahun nak membeli barang akhirnya tercapai la impian dapat membeli Air Fryer daripada Go Shop.  Hihihi...Alhamdulilah rezeki dapat beli.. 


Air fryer ni berhantu tahu, kak ipar Cik Ash tertarik dengan air fryer siap suruh Cik Ash order, lepas pada seminggu tu ada pulak kawan dia nak juga nak suruh order hahaha.. Boleh jadi shopper Go shop ni..

Antara menu-menu yang telah Cik Ash masak menggunakan Air Fryer adalah seperti di bawah ini :- 

daging goreng kunyit

Ayam Goreng
Ayam Goreng Madu
Ikan Bilis
Resepi untuk memasak nanti Cik Ash kongsi dekat blog bila ada masa kelapangan. Cik Ash masih memcuba untuk menggunakan air fryer masih dalam belajar tengok resepi daripada rakan-rakan yang guna. Cik Ash rujuk melalui situ cara nak membuatnya. Tak sempat buat video semasa memasak hahaha.. masak last minute kan biasa tak snap gambar. 

Ok la korang itu jer yang Cik Ash nak kongsikan hari Air Fryer Haier Pujaan Hatiku. Jumpa lagi nanti ya. Nak undur diri sambung kerja dekat rumah. 

20 comments:

  1. murah sangat 199, makin ramai orang guna dah ni,, zaman dulu2 mahal sangat air freyr ni kan, nanti ada orang tunjuk buat kuih beronok dalam ni pon boleh hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la murah sangat tu beli takut naik harga pulak menyesal hahhaa

      Delete
  2. aiii banyok doh resepi tu. krijo pun jadi koho mudoh di cik ash? tak banyak kena lap mecik mecik minyok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masak rajin la mek.. nak buat resepi berat sikit masak last minute sokmo...

      Delete
  3. Permulaan yang baik untuk 2019. Yeay boleh jaga kesihatan. Part goreng emmang terbaik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu diah.. permulaan yang baik..part goreng ayam tu terbaik suami kata masak sekata hahaha

      Delete
  4. Rabia lama dah pujuk umi suruh beli. Last my mum beli sempena my birthday

    ReplyDelete
    Replies
    1. rabia banyak lagi boleh masak tu nanti bloeh sharing dalam masak apa tu

      Delete
  5. sy pun aim jugak air fryer ni...tunggu....huhu

    ReplyDelete
  6. mmg mudah sgt bila ada air fryer ni kan

    ReplyDelete
  7. murah sangat tu kak and bukan brand main2.. brand mahai tu..
    rezeki.. Go Shop tu bahaya. ada je benda kita nak beli =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CT barang dia kiranya mahal gak la.. tu la pasal masuk GO SHOP tu boleh gila...

      Delete
  8. mak saya pun dah beli air fryer ni, lama kot dia stop beli barang goshop tetiba dok tengok balik goshop tu..

    ReplyDelete
  9. Wahh banyak dah tu menu cik ash guna dengan air fryer ni.. Teringin nak survey jugak la..Alhamdulilah atas rezeki awal tahun ni cik ash

    ReplyDelete
  10. yana pun lama dah terliur air fyer ni. nanti boleh lah usha

    ReplyDelete