BERITA TERKINI BLOG CIK ASH

Monday, January 14, 2019

Resepi Ayam Guna Air Fryer

Ayam Goreng  Guna Air Fryer | Sejak ada air fryer memudahkan kerja Cik Ash didapur tak payah susah-susah nak menunggu bila goreng ayam hihihi, selalu kalau goreng ayam kena jaga bahagian api takut ada terlebih masak, tak pun separuh masak. Kiranya masak tak sekata ayam tu.Jom tengok masakan  #dapurcikash.

Resepi Ayam  Guna Air Fryer
Bila dah ada air fryer ini memudahkan la kerja Cik Ash sebab boleh tinggal nak buat kerja rumah yang lain, kita cuma perlu setkan masa dan suhu. Bila dah masak akan berbunyi tanda masakan  kita siap!!!.

Ayam yang digoreng air fryer masak sekata sedap dimakan tanpa berminyak, demi untuk kesihatan dan menjimatkan penggunaan minyak dekat ayam. Mesti korang terliur tengok ayam yang Cik Ash masak guna air fryer ini kan.. Jom usha dekat bawah ni  cara membuat ayam goreng guna air fryer ni. 

Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit
Ayam
serbuk kunyit
garam
bawang putih
halia

Cara Membuatnya :- 
Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam ayam selepas itu gaulkan biarkan sebati semua bahan dengan ayam tu. 

Selepas itu biarkan seketika perap untuk bagi ramuan tu sebati dengan ayam.

Setelah berberapa jam peram ayam tu boleh la di bakar dengan  menggunakan air fryer suhu 160  dan 20 minit pertama. Kalau rasa ayam tu nak bagi garing tambah  masa minit dalam 20 minit. Sebelum tambahkan masa balikkan ayam ya. Tunggu sampai ayam masak nanti berbunyi ting tanda ayam yang kita bakar siap. 
 
ayam goreng madu


Ayam Goreng Madu 
Ayam
kicap
sos tiram
madu
garam
bawang putih 
halia

Cara Membuatnya :- 
Tumbuk bawang putih dan halia. 
Gaul bahan tumbuk dengan ayam dan masukkan juga kicap dan sos tiram, madu, garam gaul hingga sebati. 

Lepas tu peram la dalam sejam lebih gitu.. Lepas tu masukkan dalam air fryer goreng dalam suhu 180 dan minit  20 minit, Kalau rasa ayam tu nak bagi garing tambah  masa minit dalam 20 minit. Sebelum tambahkan masa balikkan ayam ya. Tunggu sampai ayam masak nanti berbunyi ting tanda ayam yang kita bakar siap.
 
Ok la korang itu cara Cik Ash buat Ayam Goreng Guna Air Fryer. Mak mentua kata sedap makan guna air fryer tak puas rasa hahaha... suami pulak kata loni ayam masak sekata sejak ada air fryer. 

7 comments:

  1. wah ekin dah cuba masak dalam Air Fryer guna bahan mentah. Tak cuba lagi, nanti mungkin boleh cuba pula

    ReplyDelete
  2. uihhhh meriah masak yeee. sedap napok ayam bakar madu tuu

    ReplyDelete
  3. aduih... behnyo ada air fryer tu...mcm2 leh masak...

    ReplyDelete
  4. waduh waduh airfyer akak doakan yana murah rezeki eh, nak beli jugak

    ReplyDelete