Sunday, January 27, 2019

Resepi Kangkung Goreng Pedas

Resepi Kangkung Goreng Pedas | Siapa kat sini peminat makan sayur kangkung.  Hari ini Cik Ash nak kongsi dengan korang Kangkung Goreng Pedas. Biasa la rutin harian Cik Ash masak sarapan dan makan malam dekat rumah. Ada jer resepi yang nak kongsi dekat blog.


Tapi kan nak menulis satu entri resepi tu yang susah kena ada mood nak menulis. Tambah pulak Cik Ash loni tak boleh nak tengok blog sangat mata kena rehatkan sejak cermin mata rosak ni kena kurangkan tengok laptop tunggu cermin mata yang baru siap tak tahu bila. Jom la tengok resepi dekat bawah ini :-

Resepi Kangkung Goreng Pedas

Bahan- bahan 
Kangkung
2 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar 
udang
sos tiram
lada besar
kicap
secukup rasa

Cara membuatnya :- 

1. Bawang putih dan bawang besar , lada besar di tumbuk-tumbuk hancur. Cik Ash guna Tefal Manual Chopper

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar , lada besar sehingga garing sikit-sikit. 

3. Masukkan udang kacau-kacau hingga udang masak. 

4. Lepas tu masukkan sos tiram,kicap,sedikit secukup rasa, Cik Ash tak masukkan garam sebab dah letak sos tiram kan. 

5. Kacau-kacau hingga masak sebati dan boleh dihidangkan dengan nasi panas. 


Senang dan mudah jer cara Cik Ash masak Kangkung Goreng Pedas, Resepi campak-campak jer sebenarnya hahaha, sebab tu la nak taip entri kena ambik mood kan. So kalau korang yang nak memcuba resepi lain dekat blog ada menyediakan koleksi #dapurcikash nanti boleh la singgah baca resepi yang ada dekat sana ya.

9 comments: