Tuesday, January 1, 2019

author photo
Selamat Tahun Baru 2019 | Hari ini telah masuk tahun baru 2019 dah kita, umur dan naik satu anak tangga lagi.. rasa dah tua sangat bila anak-anak jiran panggil kita makcik hahaha.. 

Selamat Tahun Baru 2019

Sekejap rasa dah masuk tahun baru, bila di hitung sekejap sahaja Cik Ash dah jadi isteri dan surirumahtangga. kalau tak silap start tahun 2014 bermula seorang surirumah dan partime blogger. Percapaian Cik Ash pada tahun lepas alhamdulilah dah blog dah ada domain sendiri harap lebih semangat nak menulis nanti. Hunjung-hunjung tahun lepas ada sahaja halangan nak taip entri bekalan internet terputus dan kesihatan tak mengizinkan. 

Pada tahun lepas banyak dugaan yang telah Cik Ash lalui ada Cik Ash kongsikan dekat entri Berikan Kekuatan Kepada Hambamu Ini. Semoga pada tahun 2019 dipermudahkan urusan Cik Ash dan suami untuk meneruskan misi yang belum tercapai lagi.. Doakan untuk Cik Ash dan Suami ya korang. 

Untuk tahun lepas entri dekat blog ni sepanjang bulan Januari hingga Disember 2018 sebanyak 318 entri tak sangka sangat dapat menulis sebanyak itu. harap tahun 2019 ni dapat menulis lebih banyak nak kongsikan entri yang berkualiti dan lebih kemas lagi. 

Tahun lepas juga Cik Ash banyak kurangkan aktiviti join contest dekat blog dah media sosial yang lain. Memang berehat dah sikit-sikit sejak kesihatan tangan tak ok aktiviti tu dah jarang dah.. Kalau dulu memang aktif selalu. Sampai mak mentua cakap dah tak ada dapat barang hadiah giveway ke. Cik Ash cakap dekat mak mentua loni dah kurang join sebab tu tak ada hihihi.. 

Ok la itu entri untuk permulaan tahun baru 2019 ni.. Selamat Menyambut Tahun 2019 buat semua rakan blogger yang lama dah mengenali ataupun yang baru.

This post have 7 komentar

avatar
Sis Lin delete January 1, 2019 at 12:35 PM

Selamat Tahun Baru 2019 Cik Ash ..

Reply
avatar
mek yunie delete January 1, 2019 at 3:28 PM

banyok gok entry tu. nak g intai jugok la hop mek

Reply
avatar
Ciktie delete January 1, 2019 at 6:01 PM

Beza kita 3 je cikash !! Sy punya 315 je..

Reply
avatar
THE KEHALUSAN KELEMBUTAN delete January 2, 2019 at 10:30 PM

selamat tahun baru kak . moga dipermudahkan segala urusan:)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post