Thursday, January 3, 2019

author photo
Sotong Masak Asam Limau Simple | Sebenarnya dah lama Cik Ash masak menu sotong ni dekat rumah tahun 2019 baru nak kongsi dekat blog hihihi, nak buat macam mana waktu masa Cik Ash masak dan kebetulan sangat internet ada problem yang waktu dekat seminggu lebih tak dapat update blog huhuhu.
Sotong Masak Asam Limau Simple

Sotong ini Cik Ash buat secara spontan resepinya campak-campak dalam kuali hahaha, begitu bila dah tak tahu nak masak apa tengok bahan yang ada dekat dapur kita masak campak-campak jer cara paling senang. Tak tahu nak bagi nama dekat masakan sotong yang Cik Ash masak sebab kita campak-campak kan. Di sebabkan mak mentua kata sedap rasa masam-masam tengok dia makan lalu so Cik Ash namakan lah masakan ni Sotong Masak Asam Limau Simple.

Jom tengok cara-cara nak buat masakan Sotong Masak Asam Limau Simple ni di bawah, bahan-bahan yang digunakan simple jer.
Sotong Masak Asam Limau Simple

Resepi Sotong Asam Limau Simple 
Oleh : Cik Ash

Bahan-Bahan
Sotong
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu kfc secukup rasa
2 sudu kfc serbuk LIME knorr
1 sudu kfc garam 
 batang saderi
kacang buncis
carrot
kubis
air

Cara Membuatnya :- 
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih kekuningan.
2. Masukkan sotong kacau hingga rata.
3. Lepas tu masukkan air, batang sader, carrot, kacang buncis dan kubis.
4. Biarkan hingga mendidih lepas tu masukkan secukup rasa, serbuk LIME knorr, garam.
5. Suaikan rasa masak hingga mendidih.
6. Siap boleh dhidangkan dengan nasi putih. 

Ok la selain resepi Sotong Masak Asam Limau Simple, Cik Ash turut kongsikan resepi-resepi lain kalau tengok koleksi resepi boleh terjah koleksi #dapurcikash ya. Banyak pengkongsian koleksi masakan Cik Ash buat.

With Love

This post have 8 komentar

avatar
Cik kaella delete January 3, 2019 at 11:24 AM

Kaella ni peminat tegar sotong. Tapi sotong masak asam limau kaella belum cuba lagi. Kena try ni

Reply
avatar
mek yunie delete January 3, 2019 at 12:37 PM

menu simple dan cepat memang akan masuk book mek la. hahahhaha. nnt tgk pulok mek buat.

Reply
avatar
THE KEHALUSAN KELEMBUTAN delete January 3, 2019 at 10:12 PM

sedap nya masammasam, hahah, yana pun selalu je campak campak asal jadi sedap dah

Reply
avatar
Husniey Husain delete January 6, 2019 at 8:58 PM

Sedapnyaa cik ash, mesti rasa saderi tu menaikkan lagi rasa kuahnya.. Huih kexur

Reply
avatar
adianiez AIDA delete January 18, 2019 at 9:07 PM

resepi campak2 gini ler yg sedap, ekin :)

Reply
avatar
Cik Ash delete September 12, 2019 at 11:54 PM

memang sedap.. makan bertambah2

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post