Thursday, February 28, 2019

Drama Cinta Tanpa Henti

Drama Cinta Tanpa Henti | Bab drama lagi yang Cik Ash nak kongsi ni, biasa la kakidrama hahaha.. Drama baru main tengok pulak lakonan Siti Sharizad dan Airel ni mesti best ni. 

 
Cinta Tanpa Henti


Drama Cinta Tanpa Henti telah bersiaran di slot Samarinda TV3 . Dibintangi pelakon-pelakon yang hebat antaranya ialah Aeril Zafril, Siti Elizad,Farahdhiya, Shah Jazle, Isa Khan, Nadia Brian dan ramai lagi. 

Drama Cinta Tanpa Henti diarahkan oleh pengarah Zamri Zakaria dan merupakan terbitan syarikat OrangeTree Production . Telah ditayangkan pada 27 Februari 2019 bermula jam 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Drama ini mempunyai sebanyak 20 episode.



Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti 

Drama Cinta Tanpa Henti mengisahkan tentang Sumayyah (Elizad Sharifuddin) adalah anak kepada Tuan Rahim ( Arash Mohd) yang diperkatakan sebagai seorang pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines. Sumayyah berkahwin dengan Hisyam ( Aeril Zafrel), seorang pelukis jalanan tetapi mendapat tentangan dari Tuan Rahim. Telah dibuang keluarga, Sumayyah meneruskan kehidupan bersama Hisyam sehingga dia disahkan menghidap penyakit. 

Apa akan terjadi kesudahan drama Cinta Tanpa Henti jom la sesama kita layan drama ini, Cik Ash layan dekat online dekat youtube jer. Kalau korang nak layan gak boleh pergi tengok dekat Tonton dan youtube ramai jer kongsi. 

Tuesday, February 26, 2019

Tutorial Tukar Profil Google+ ke Profil Blogger

Tutorial Tukar Profil Google+ ke Profil Blogger | Dah agak lama dekat blog Cik Ash tak berkongsi tutorial, So kali ni Cik Ash nak kongsikan dengan korang Tutorial tengah panas masa kini. Baru-baru ni Cik Ash ada dapat email daripada google berkiatan penutupan salah satu platform  dari Google iaitu Google+. So korang yang masih menggunakan id google+ untuk blog cepat-cepat bertukar ke profail blogger semula macam dulu-dulu. 

Tutorial Tukar Profil Google+ ke Profil Blogger

Cik Ash dah bertukar ke profail blogger sebenarnya senang nak bertukar ke profail blog ni bukan susah pun. Jom ikuti cara-cara untuk menukarkan profail Google+ kepada profail Blogger :- 

1. Buka Dashboard Blogger  Klik Menu Setting & Selepas itu klik menu User Setting > General & User profile > Blogger dan klik button Save Setting.


2. Korang juga boleh mengedit detail yang profail blogger. Klik button Edit di profail Pengguna, akan keluar halaman gambar di bawah ini. 
edit profail


edit profail

3. Dah isi semuanya korang boleh save hasilnya korang dah bertukar profail blogger semula. 

Yang di atas ni cara lama sebelum Google+ dihapuskan dekat bawah Cik Ash update versi terkini untuk cara update profail blogger harap membantu la ya. 
Update terkini Cara Baru Nak Update Profil Blogger

Sebelum ni kebanyakan blogger berkongsi maklumat mengenai diri dengan pembaca atau pelawat melalui profil  Google+. Sejak dihapuskan ramai blogger yang belum tukar profil blogger kembali. Kalau korang nak tengok cara nya boleh rujuk dekat Cara Tukar Profil Blogger dalam English kalau tak faham korang boleh rujuk dekat atas tu rasa macam lebih kurang jer cara dia harap-harap dapat membantu la ya. 

Ok la itu jer tutorial dari Cik Ash tentang Tutorial Tukar Profail Google+ ke Profail Blogger. Semoga apa yang Cik Ash kongsi ini dapat membantu korang masih belum membuat pertukaran lagi. Jumpa lagi. 

Sunday, February 24, 2019

Lagu OST Drama Leftenan Zana

Lagu OST Drama Leftenan Zana | Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen di entri Drama Jodoh Jodoh Annisa. Sekarang trending cerita drama ketenteraan dekat TV3 iaitu #LeftenanZana. Semangat lain macam bila tengok drama. Macam terbayang aboh suatu ketika dulu semasa beliau berkhidmat sebagai tentera. Walaupun dah pencen tentera jiwa dalam diri aboh tetap bersemangat sampai sekarang hihihi. Bagi Cik Ash drama ni kalau saja-saja nak suka tengok kawad tu boleh kalau nak dibandingkan dengan kehidupan tentera sebenar tu  tak sama. Hihihi. 

Lagu OST Drama Leftenan Zana

Tengok drama ketenteraan ni rasa rindu dekat aboh dan ma huhuhu.. pernah lalui kehidupan di dalam kem tentera sewaktu ketika dahulu, sempat juga tengok aboh buat latihan kawad tentera. Pernah mengaji dengan ustaz askar, siap ada ustaz askar ambik jadi anak angkat.   Kenangan yang paling Cik Ash tak boleh lupa parut di tangan ni kekal sampai sekarang itu tanda kebuasan Cik Ash zaman kecil ketika itu umur 8 tahun tak silap. Pergi dan balik sekolah sempat naik trak hihihi dari darjah 3 hingga tingkatan 2 masa tu dah berpindah di kelantan.Eh terlebih bercerita pasal zaman  Cik Ash. hahaha. 

Sebenarnya Cik Ash nak kongsi dengan korang  lagu yang terdapat di dalam Drama Leftenan Zana ni adalah seperti berikut :-

ayda jebat

Lagu Tema 

Lagu : Mata 
Penyanyi : Ayda Jebat
Lirik : Shazee Ishak, Audi Mok & Ayda Jebat
Paranormal Records Sdn Bhd/ Replay Music & Paranormal Records
Video : https://www.youtube.com/watch?v=XIG-yeHP5l4

Lirik Lagu Mata 

Kerana kau tiada 
Kau sangka ku rapuh 
Kerana ku terluka
Kau sangka ku jatuh 

Kerana kau menghina 
Kau sangka ku marah
Kau sangka ku pasrah 
Tak terdaya tanpa kamu 

Aku bukan seperti kau sangka 
Aku tabah tanpa resah
Ku laku apa yang ku mahu 
Hanya kamu mampu mengarah aku

Jangan kau pertikaikannya 
Jangan kau tertanya tanya 
Aku tak perlu dirimu 
Aku hidup hanya untuk-nya

Jangan-jangan sangka 
Aku lemah
Cangkuk kiri kanan bibir
berdarah

Lihat lihat siapa yang 
dah rebah
Angkat tangan mundur baik 
Kau menyerah

Walaupun ku menghilang 
Bukannya ku retak 
Walaupun ku kecundang 
Malam tak gelita

Walaupun ku berdiam 
Masih ku berapi 
Kau tak kenali
Siapa aku sebenarnya 

Aku hanya menunggu saatku 
Takkan ku terburu buru
Ku tahu kekuatan diriku 
Tiada siapa yang kan menumpasku 

Jangan kau pertikaikannya 
Jangan kau tertanya tanya 
Aku tak perlu dirimu 
Aku hidup hanya untuk-nya

Jangan-jangan sangka 
Aku lemah
Cangkuk kiri kanan bibir
berdarah

Lihat lihat siapa yang 
dah rebah
Angkat tangan mundur baik 
Kau menyerah

Guruh
Guruh mengiringi
Tegakku berdiri
Menanti Pagi

Kamu
Kamukah tahu
Siapaku Siapaku
Tanpa kamu

Ooohh...

Jangan jangan sangka 
Aku lemah
Cangkuk kiri kanan bibir
berdarah

Lihat lihat siapa yang 
dah rebah
Angkat tangan mundur baik 
Kau menyerah
Jangan jangan sngka 
Aku lemah


Ok la itu lirik lagu tema Drama Leftenan Zana, best pulak suara Ayda Jebat ni, aritu lagu temberang yang melekat duk layan sekarang lagu ni pulak. hihihi..

Saturday, February 23, 2019

Giveaway Cash Blogger Malaysia

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!

Thursday, February 21, 2019

Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara

Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara | Siapa kat sini #kakidrama mesti layan drama Jodoh Jodoh Annisa ni kan, Cik Ash ni salah seorang kakidrama loni setiap hari memang rutin tengok tv bersama mak mentua. Ada geng seronok hahaha..


Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara ni mempunyai sebanyak 100 episode mesti la macam-macam akan berlaku nanti, tambahan pulak pelakon dalam drama ramai sangat. Cik Ash ni sebenar yang boleh layan drama ni pernah cakap dengan mak mentua dah lama tak tengok Aaron Aziz dan Amar Baharin berlakon. Tambahan ada pulak Fizz Fairuz. So hari selasa bermula drama ni tu yang tertengok hahaha. 

Tengok permulaan Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara episode 1 masih tak faham lagi kenapa ayah dia nak suruh annisa tu kahwin dengan Nizam, mungkin ada sesuatu ayah dia rancangkan, tengok pulak lakonan Fizz Fairuz berlakon jahat memang menjadi la rasa geram nak marah-marah dekat dia. hahaha... Episode 1 dah pening tengok hahhaa.. nak menyampai episode berpuluh-puluh tak tahu la apa jadi.. 

👉 BacaLagu OST Drama Jodoh-Jodoh Anissa

Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara merupakan terbitan syarikat Elite Forsure Sdn Bhd. Di arahkan oleh pengarah Mohamad Riza Baharudin. Skrip Drama ni di tulis oleh La Ode M.Farhan & Hanan Novianti. Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Rezza, Azhar Amir, Ekin Kamarudin dan Zalfa Zin.

  pelakon jodoh jodoh annisa

Sinopsis Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara

Majlis pernikahan Annisa bermula, Rykarl dan orang-orang kuat Dato Azhar semua berteka-teki tentang siapakah yang akan menjadi CEO baru F3. Annisa tidak mengerti kenapa dia perlu bernikah.

Dato Azhar dirawat di wad kecemasan dan mungkin perlukan pembedahan. Karl tidak mahu Annisa berada di hospital kerana dia penyebab Azhar sakit. Annisa buntu dan rasa bersalah.

Annisa dihalau daripada hospital atas arahan Rykarl. Dr Ishak berjanji akan menolong Annisa. Annisa terpaksa menumpang rumah Sheila buat sementara waktu. Annisa tidak dibenarkan pulang ke rumah.

Wednesday, February 20, 2019

Rutin Setiap Pagi Siram Pokok

Rutin Setiap Pagi Siram Pokok  | Siapa kat sini ada tanam pokok bunga dekat laman rumah mesti macam Cik Ash rutin pagi mesti siram pokok-pokok bunga hihihi.. Dekat rumah ni ada pokok bunga raya, pokok lidah buaya hidup nak segan-segan, pokok bunga ungu kecil dan besar yang ni berbunga bila pagi kembang bila masuk petang dia luruh dari tangkai pokok. 

Rutin Setiap Pagi Siram Pokok

Kalau terlebih rajin Cik Ash sapu daun-daun kering pokok jambu yang luruh sambil tu edisi memcuci tanah yang telah di tandagani oleh Mekcik setiap pagi. Nak bagi tuan buat senaman sihat pagi-pagi tengok cahaya matahari mesti melepas ajak dekat tempat sama. Hahaha aduhaiii.. letak macam-macam cara fail semua. Pening Cik Ash dengan kucing seekor. Sebab tahu dia yang melepas ajak kat situ relakanku setiap pagi mencuci tempat tu. 

pokok

Pokok bunga raya tu arwah ayah yang tanam, alhamdulilah masih elok lagi sampai ke hari ni pokok ni hidup. Ada dua jenis pokok bunga raya merah dan putih kebetulan masa ambil gambar pokok bunga raya tak berbunga lagi. Manakala pokok bunga ungu kecil dan bunga ungu besar tu Cik Ash tanam ambik keratan batang daripada kampung masa balik bulan 10 aritu, Cik Ash pernah kongsi dalam diri akan ucap dalam hati ini aktiviti tanam pokok bunga sebagai Hobi


Dekat kawasan rumah Cik Ash sebenarnya banyak pokok buah-buahan yang arwah ayah tanam. Sekarang pokok kebanyakan ada yang berbuah, antara pokok yang masih terjaga sampai sekarang adalah pokok jambu siap Cik Ash kongsikan cara buat jeruk jambu air, pokok pisang, pokok kelapa, pokok daun limau purut, pokok ketereh, pokok terung anggur, pokok pandan, pokok pauh. Banyak kan tu yang mana Cik Ash sempat tengok-tengok jer. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi pasal rutin setiap pagi siram pokok sebelum tengok blog ni hahaha.. loni malas sangat nak buka blog aduhaii.

Tuesday, February 19, 2019

Tersenarai Dalam Bloglist Di Blog Nurul Najihah

Tersenarai Dalam Bloglist  Di Blog Nurul Najihah | Alhamdulilah suka sangat bila blog Cik Ash ni tersenarai di dalam bloglist di blog Nurul Najihah.




Alhamdulilah rezeki blog Cik Ash aritu rasanya saja-saja suka join Segmen bloglist blog Nurul Najihah  tak sangka bertuah tersenarai di antara 25 orang pemenang.. Syukur rezeki memihak pada blog Cik Ash..

Tahniah juga kepada semua pemenang yang berjaya masuk dalam bloglist.. so untuk menghargai Nurul Najihah.  Cik Ash pun masukkan blog Nurul dalam bloglist  di blog Cik Ash juga.. terima kasih.

Monday, February 18, 2019

Cermin Mata Baru Daripada Kristal Optometrist Kulim

Cermin Mata Baru Daripada Kristal Optometrist Kulim | Setelah lama  bertahan dengan cermin mata yang buat pada tahun 2016 patah di bahagian bingkai sebab tu update blog sekarang bila perlu jah update nak blogwalking tak dapat. akhirnya Cik Ash pergi buat pada 25 Januari 2019 aritu. Sebelum nak pergi kedai cermin mata ni Cik Ash ada buat research cari kedai mana yang terbaik di kawasan kulim.
Cermin Mata Baru Daripada Kristal Optometrist Kulim

Di dalam percarian Cik Ash terjumpa nama kedai Kristal Optomestrist Kulim, selalu duk intai-intai facebook berkongsi tentang alat yang mereka guna untuk chek mata sangat canggih lepas tu ramai bagi komen tempat ini memang terbaik. Fikir punya fikir bincang dengan suami buat dekat sana. Pada 25 Januari 2019 aritu Cik Ash dan suami pergi la buat dekat sana. Dan cermin mata ni siap pada hari lahir Cik Ash pada 30 Januari siap pihak kristal ucapkan SMS selamat hari lahir hihihi..



Semasa pertama kali masuk kedai kami di sambut dengan senyuman manis oleh staff perempuan, kami juga diberi layanan yang sangat baik , yang paling Cik Ash terkejut masuk kedai ni dah macam duduk dalam hotel hahaha, sebab hiasan dalaman dia tak macam kedai cermin mata pun. Paling best bukan itu saja kita dihidangkan dengan makanan dan minuman.. Pertama kali Cik Ash dan suami pergi di kedai ni kami dijamu makan Kuew Teow Goreng dan Air Teh Limau.


ruang dalam kedai

koleksi cermin mata

sofa tempat duduk

Pada hari jumaat 9 Februari aritu Cik Ash baru pergi ambik sambil-sambil keluar nak pergi cari lauk pauk untuk seminggu so singgah pergi ambik, masa sampai dekat sana kami masih di sambut dengan layanan yang baik daripada staff yang sama hihihi.. siap ada staff lelaki bertanya dekat suami kita makan dan minum dulu, suami kata tak payah kenyang lagi baru lepas makan nasi dekat rumah sebelum nak pergi shopping barang basah kat pasar pagi nuh.



Dari segi pemeriksaan mereka disediakan sangat teliti dan kita boleh bertanya tentang masalah dalam mata kita, dari sana baru Cik Ash dapat tahu keadaan mata Cik Ash yang sebenar, Alhamdulilah dari kornea dan urat saraf mata ok tak ada masalah. Mereka juga bagi penerangan pasal masalah mata yang bermasalah.  So korang berada di sekitar kulim boleh dapatkan service di maklumat lanjut di bawah :-

Kristal Optometrist Kulim
Alamat :  No.8 Tingkat Bawah,
    Jalan Selasih,
          Taman Semarak,
      09000 Kulim,
Kedah.
No. Tel : 04-4917370
                
Itu jer pengalaman Cik Ash buat cermin mata kat Kristal Optometrist Kulim, semoga ada rezeki lagi untuk buat spek lagi ditahun-tahun akan datang. Jumpa lagi di entri yang nanti.

Sunday, February 17, 2019

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin | Jom memeriahkan giveaway yang di anjurkan oleh kak mia liana ni.

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!



Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM


BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM | Hari ini tak ada entri panjang-panjang kita santai-santai join giveaway jer. Ni dah lewat petang baru nak lapor diri. Cik Ash tak berapa sihat kena banyakkan rehat loni.. Maaf la semua ya.
 BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

Jom memeriahkan giveaway daripada YAYAAZURA.COM ni.  Giveaway bersempena besday beliau. Suka tengok hadiah bakal pemenang menarik. Mana la tahu kan join-join ada rezeki menang ke. Hahaha..

Syarat untuk join pun senang sangat tu semangat Cik Ash join ni. So kalau korang yang ingin giveaway ni sila klik banner dekat atas tu ya.  Di sebabkan giveaway ni bersempena dengan besday Yaya Cik Ash hadiahkan besday kad untuk Yaya. Harap sudi la terima hihihihi ya. 


Ok la  Cik Ash nak undur diri dulu, jumpa lagi nanti entri-entri baru daripada blog ni.

Wednesday, February 13, 2019

Masa Mandi Anak Anda Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Masa Mandi Anak Anda Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar | Masa mandi adalah lebih sekadar rutin, ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.

Mekcik nak jadi model la pulak

CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI


CARRIE JUNIOR - sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubby Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D Carrie yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.



CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikan lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabu. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai pH lebih rendah berbanding sabun lain. la membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bar juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit, apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit. 


Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubun badan.

Carrie Junior Bubbly Bar - Double Milk

Carrie Junior Bubbly Bar - Groovy Grapeberry

Carrie Junior Bubbly Bar - Cheeky Cherry



CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

masa ambik gambar ni tertiba mekcik mari nampak sangat nak jadi model carrie junior hahaha

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara, sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

Tuesday, February 12, 2019

Terima Kasih Top Commentators 2018

Terima Kasih Top Commentators 2018 | Baru sempat nak update Top Commentators pada tahun 2018 dekat blog ni. Biasa la baru dapat cermin mata baru , ni baru nak aktif menulis semula dekat blog. Terima kasih buat mereka yang tidak jemu datang singgah blog Cik Ash dah komen blog ni. 

Terima Kasih Top Commentators 2018

 Untuk menghargai kegigihan korang yang sudi singgah baca dan komen dekat blog ni Cik Ash ada nak bagi hadiah buat korang semua, harap sudi la menerima hadiah tidak seberapa ni. Mereka semua adalah yang rajin tinggal komen dari awal tahun 2018 sehingga la akhir 2018. Antara mereka yang bertuah adalah seperti nama di bawah ini :- 


Hadiah ini hasil design saja-saja Cik Ash buat korang yang sudi komen dekat blog ni. Memang setiap tahun akan bagi award ni dekat sesiapa yang bertuah jadi Top Commentators di blog Cik Ash ni. Harap sudi la menerima hadiah award ni ya. 

Rabia


Cik Tie

Cik Nor

Sha


Aida
CCL

Wani Sukarno

Mimi Azirah

Mek Yunie

Cik Renex



Ok la korang semua itu jer Cik Ash update hari ini nak bagi hadiah buat Top Commentators di blog Cik Ash ni, harap korang semua sudi la menerimanya ya. Tahniah buat korang semua. So sesiapa yang nak dapat award gini rajin-rajin kan jadi komen dekat blog Cik Ash hahaha.. Jumpa lagi nanti.

Monday, February 11, 2019

First Time Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak

First Time Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak | Sebenarnya dah lama Cik Ash masak lemak cili Api udang dan peria katak.Kalau tak silap Cik Ash pada bulan januari aritu. Lepas tu dapat pulak rezeki udang sepit biru buat  pulak kali kedua.


Cik Ash terfikir-fikir nak masak apa dengan udang ni, sedang-sedang search resepi dekat google terjumpa la resepi cara masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak. So buat la ikut resepi yang jumpa tu. Lagi pulak tak pernah lagi masak macam ni. Kiranya pertama kali buat masakan ni. Alhamdulilah hasil percubaan pertama Cik Ash memcuba masakan Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak ni dapat pujian suami dan ibu mentua. Suami dan ibu mentua Cik Ash makan nasi bertambah-tambah hihihi. Ada orang tanya Cik Ash masak udang dengan peria tak pahit ke. 

Pengalaman Cik Ash selepas memasak Masak Lemak Cili Api Udang dan Peria Katak ni, rasa kuah dia pahit-pahit lemak manis sebab air udang dengan peria katak dah sebati turun. Memang lauk ni boleh menambah nasi Cik Ash sendiri berapa kali tambah gak hahaha. Apa kata korang cuba buat juga dan rasai la sendiri masakan cili padi udang dengan peria katak ni. Jom la usha resepi dekat bawah ni. 

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Peria Katak

Bahan-bahan 
Udang
Peria
Cili Api *
Kunyit Hidup *
* kisar hingga halus
Santan 
Secukup rasa
garam

Cara Membuatnya : 
1. Kisar cili api dan kunyit hidup hingga hancur. 

2. Masukkan bahan dikisar dengan santan di dalam periuk buka api sederhana kacau hingga mendidih. 

3. Bila dah mendidih boleh la masukkan peria kacau-kacau sampai peria masak. 

4. Bila peria dah masak masak boleh la masukkan udang. kacau-kacau hingga udang masak.

5. Boleh suaikan rasa garam dan secukup rasa.

6. bila rasa dah ok boleh dihidangkan dengan nasi panas. 

Ok la korang itu jer Cik Ash Masak Lemak Cili Api Udang dan Peria Katak, so kalau korang nak memcuba resepi lain yang pernah Cik Ash kongsi sebelum ni dekat korang boleh terjah Koleksi DapurCikAsh

Sunday, February 10, 2019

Drama Leftenan Zana Slot Lestary

Drama Leftenan Zana Slot Lestary | Disebabkan dah sebati dalam diri sebagai anak persara tentera teringin la nak layan drama bergenre ketenteraan yang bertajuk Leftenan Zana yang telah ditayangkan pada 8 Feberuari 2019 di TV3. Nak tengok la macam mana perjalanan drama ni adakah sama dengan ketenteraan zaman aboh Cik Ash kerja dulu. Sebenarnya dah lama Cik Ash tengok lakonan Hairie Othman dengan pakai uniform ni last tengok dalam filem Leftenan Adnan tu. Memang filem aboh Cik Ash suka layan siap dia bercerita masa filem tu apa yang terjadi.

Drama Leftenan Zana Slot Lestary

Drama ini merupakan terbitan JS Pictures Sdn Bhd, sebuah skrip hasil daripada Sofia J Rhyland dan merupakan arahan daripada pengarah Azman Jinggo Yahya. Drama ni akan bersiaran di slot lestary setiap hari rabu hingga jumaat jam 9.00 malam.Antara pelakon yang terlibat dengan Drama Leftenan Zana ni adalah Janna Nick, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Tunku Hanis, Aprena Manrose, Sheila Rusly, Zarul Husin, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail, Sofea Shaheera.

Sinopsis Drama Leftenan Zana 

Drama ini mengisahkan tentang impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat. 

Sejak zaman kecil  lagi zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat. 

Walaupun  dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohanan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka. 

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah. 

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Omar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.  

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem. Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya? 

Cik Ash dah layan Drama Leftenan Zana episode 1 secara online di blog kepalabegetar  dari permerhatian Cik Ash episode satu setakat ni ok lagi nampak kedegilan Janna Nick nak juga jadi askar. Tak sabar nak tengok episode akan datang. Ok la korang itu jer Cik Ash update untuk hari ini nak kongsikan Drama terbaru Slot Lestary bertajuk Leftenan Zana. Jumpa lagi nanti di entri yang baru.

Wednesday, February 6, 2019

Entri Terbaik Januari 2019

Entri Terbaik Januari 2019 | Seperti biasa Cik Ash akan  kekal setiap bulan akan update entri terbaik dekat blog ni. Terima kasih kepada korang semua yang tidak jemu baca entri merapu dekat blog Cik Ash ni. Hahaha.. 



Pada bulan Januari 2018 aritu entri dekat blog Cik Ash sebanyak 25  entri. Sekarang ni ruang menulis dekat blog susah sikit bila mata tak berapa nak jelas tengok blog hihihi, Cik Ash dah buat cermin mata baru bulan januari aritu dah siap pada 30 Januari aritu kebetulan sangat hari itu adalah hari lahir Cik Ash hihihi, cermin mata baru adalah hadiah hari lahir Cik Ash. Nak pergi ambik cermin mata tak sempat lagi suami Cik Ash kerja huhuhu. Antara entri terbaik yang terdapat di dalam blog Cik Ash jom la baca dan tengok entri mana paling ramai yang view. 

1.Resepi Timun Tumis Air - Tak sangka entri resepi paling simple ni, masih ada yang cari walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 4K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah. 

2. Daging Goreng Berempah Air Fryer - Sejak ada air fryer ni nak goreng daging mudah guna air fryer senang sangat. hihihi. 

3. Magic Sponge - MR.DIY - Sponge Magic ni memang betul-betul best guna sebab boleh hilangkan kotoran degil. 

4. Resepi Lempeng Gula Merah - Entri ini dah lama juga Cik Ash kongsi dekat blog pada tahun 2017 lagi, sekarang masih ada yang mencari resepi ni Alhamdulilah, Pageview dah cecah 3k view. Manakala berada di carian pertama google juga. 

5. Dapat Miliki Air Fryer Haier Go Shop - Alhamdulilah rezeki tahun baru dapat miliki air fryer ni yang telah lama Cik Ash hidangkan hihihi. 

6. Watak Jahat Pali Dalam Pujaan Hati Kanda - Cerita ni paling trending dekat media sosial gara-gara watak pali lakonan Syazwan Zulkifli.

7. Spaghetti Master Pasto Lebih Mudah Disediakan - Kini mudah dan senang nak masak spaghetti hanya panaskan sahaja. 

8. Kekal Wangi Yang Romantis Dengan Gel Mandian ENCHANTEUR Paris Baharu - Wangian Mandian Ge Enchanteur memberi suasana romantis.

9. Animasi Baru Jana Wada Zaza Boleh Tonton Di Youtube - Entri terbaru keluaran anak melayu tempatan jom kita support.

10. Keputusan Penuh Pemenang Maharajalawak Mega 2018 - Berakhir dah Maharaja Lawak Mega bagi tahun 2018. Tahniah untuk semua pemenang. 

Ok la korang itu jer antara entri terbaik untuk Januari 2019 di blog Cik Ash. Jemput la baca entri di atas hihihi..