Thursday, February 21, 2019

author photo
Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara | Siapa kat sini #kakidrama mesti layan drama Jodoh Jodoh Annisa ni kan, Cik Ash ni salah seorang kakidrama loni setiap hari memang rutin tengok tv bersama mak mentua. Ada geng seronok hahaha..


Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara ni mempunyai sebanyak 100 episode mesti la macam-macam akan berlaku nanti, tambahan pulak pelakon dalam drama ramai sangat. Cik Ash ni sebenar yang boleh layan drama ni pernah cakap dengan mak mentua dah lama tak tengok Aaron Aziz dan Amar Baharin berlakon. Tambahan ada pulak Fizz Fairuz. So hari selasa bermula drama ni tu yang tertengok hahaha. 

Tengok permulaan Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara episode 1 masih tak faham lagi kenapa ayah dia nak suruh annisa tu kahwin dengan Nizam, mungkin ada sesuatu ayah dia rancangkan, tengok pulak lakonan Fizz Fairuz berlakon jahat memang menjadi la rasa geram nak marah-marah dekat dia. hahaha... Episode 1 dah pening tengok hahhaa.. nak menyampai episode berpuluh-puluh tak tahu la apa jadi.. 

👉 BacaLagu OST Drama Jodoh-Jodoh Anissa

Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara merupakan terbitan syarikat Elite Forsure Sdn Bhd. Di arahkan oleh pengarah Mohamad Riza Baharudin. Skrip Drama ni di tulis oleh La Ode M.Farhan & Hanan Novianti. Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Rezza, Azhar Amir, Ekin Kamarudin dan Zalfa Zin.

  pelakon jodoh jodoh annisa

Sinopsis Drama Jodoh Jodoh Annisa Slot Tiara

Majlis pernikahan Annisa bermula, Rykarl dan orang-orang kuat Dato Azhar semua berteka-teki tentang siapakah yang akan menjadi CEO baru F3. Annisa tidak mengerti kenapa dia perlu bernikah.

Dato Azhar dirawat di wad kecemasan dan mungkin perlukan pembedahan. Karl tidak mahu Annisa berada di hospital kerana dia penyebab Azhar sakit. Annisa buntu dan rasa bersalah.

Annisa dihalau daripada hospital atas arahan Rykarl. Dr Ishak berjanji akan menolong Annisa. Annisa terpaksa menumpang rumah Sheila buat sementara waktu. Annisa tidak dibenarkan pulang ke rumah.

This post have 6 komentar

avatar
Abam Kie delete February 22, 2019 at 10:44 AM

wife pun suka layan drama. abe kie cuma tgok berita n dokumentari je.

Reply
avatar
Rini Ismail delete February 23, 2019 at 9:23 AM

Amboi 100 episod tu..lamanya tayangan..

Reply
avatar
mamapp delete February 25, 2019 at 6:24 PM

cerita baru ke ni? tak tau mama

Reply
avatar
dear anies delete February 26, 2019 at 11:13 AM

bila akan habis tu? byk tu smpi 100 epi!

Reply
avatar
ejulz delete March 4, 2019 at 12:38 PM

xtau pulak drama ni. hehe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post