Sunday, February 10, 2019

author photo
Drama Leftenan Zana Slot Lestary | Disebabkan dah sebati dalam diri sebagai anak persara tentera teringin la nak layan drama bergenre ketenteraan yang bertajuk Leftenan Zana yang telah ditayangkan pada 8 Feberuari 2019 di TV3. Nak tengok la macam mana perjalanan drama ni adakah sama dengan ketenteraan zaman aboh Cik Ash kerja dulu. Sebenarnya dah lama Cik Ash tengok lakonan Hairie Othman dengan pakai uniform ni last tengok dalam filem Leftenan Adnan tu. Memang filem aboh Cik Ash suka layan siap dia bercerita masa filem tu apa yang terjadi.

Drama Leftenan Zana Slot Lestary

Drama ini merupakan terbitan JS Pictures Sdn Bhd, sebuah skrip hasil daripada Sofia J Rhyland dan merupakan arahan daripada pengarah Azman Jinggo Yahya. Drama ni akan bersiaran di slot lestary setiap hari rabu hingga jumaat jam 9.00 malam.Antara pelakon yang terlibat dengan Drama Leftenan Zana ni adalah Janna Nick, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Tunku Hanis, Aprena Manrose, Sheila Rusly, Zarul Husin, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail, Sofea Shaheera.

Sinopsis Drama Leftenan Zana 

Drama ini mengisahkan tentang impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat. 

Sejak zaman kecil  lagi zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat. 

Walaupun  dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohanan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka. 

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah. 

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Omar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.  

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem. Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya? 

Cik Ash dah layan Drama Leftenan Zana episode 1 secara online di blog kepalabegetar  dari permerhatian Cik Ash episode satu setakat ni ok lagi nampak kedegilan Janna Nick nak juga jadi askar. Tak sabar nak tengok episode akan datang. Ok la korang itu jer Cik Ash update untuk hari ini nak kongsikan Drama terbaru Slot Lestary bertajuk Leftenan Zana. Jumpa lagi nanti di entri yang baru.

This post have 8 komentar

avatar
mek yunie delete February 10, 2019 at 2:04 PM

rase ada tengok skali hari tu di tv. rasa macam cite ni doh

Reply
avatar
Husniey Husain delete February 10, 2019 at 3:01 PM

Macam best jer drama genre gini.. Dah puas layan drama cinta 😂

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete February 11, 2019 at 8:57 PM

hehe x brapa minat plot citer pulis2.. hehe..

Reply
avatar
Rini Ismail delete February 12, 2019 at 8:00 AM

Tengok jugak episod first kat youtube aritu tapi serabut tengok rambut zana tu. Awat tak potong? Tak masuk mata ka?

Reply
avatar
Rodiah Amir delete February 12, 2019 at 8:10 AM

cite kali ni lain sket dari biasa suka tengok sebab bukan cinta orang kaya

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post