Monday, February 4, 2019

author photo
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 33 | Tercipta sejarah semalam setelah lama tak layan AJL 33 kali Cik Ash dapat peluang tengok AJL 33 dekat streaming tonton hahaha, malas nak pergi tengok tv sebab tahu memang lama tak tengok pun. memang sekejap jer last dengan lagu Haram la kut memang tak ingat dah. Cik Ash terus tertido memang tak khabar apa-apa dah tak tahu siapa yang menang semalam. hahaha. 


Pagi ini baru ada ruang masa nak tengok semula AJL 33 tadi. Akhirnya baru la Cik Ash dapat tahu siapa pemenang AJL 33 semalam. Yang penting tekaan persembahan vokal dan persembahan terbaik pilihan yang Cik Ash dan jangka.


Bagi Cik Ash untuk persembahan malam semalam ok jer la, sebab sebenarnya nak tengok AJL 33 sebab penyanyi lama ada iaitu misha omar, siti sarah , siti nordiana jaclyn victor dan ramai lagi artis-artis lain. Masa ni baru ada ruang nak kongsika dekat blog ni hihihi.


Untuk pembukaan persembahan malam itu dimulaikan nyanyi persembahan kumpulan Rock Legend iaitu Search. Kemunculan pengacara gabungan yang memang hebat iaitu Alif & Sherry Alhadad dan sedutan short drama untuk lagu ni Pada permulaan pesembahan finalis AJL 33 di nyanyikan oleh Khai Bahar lagu Luluh. Persembahan kedua pulak dinyanyikan oleh Hakiem Rusli & Aman Ra - Jatuh Bangun, Persembahan ketiga dinyanyikan dua penyanyi hebat iaitu Siti Nor Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta , Persembahan keempat dinyanyikan oleh Syamel - Kau Pun Sama, Persembahan kelima dinyanyikan oleh Hael Husaini - Hajat. Manakala persembahan keenam dinyanyikan oleh Amylea & Kaer lagu tema drama Nur. Persembahan nyanyi oleh Nabila Razali, Ismail Izani dan Sarah S. Untuk persembahan yang ketujuh lagu la paling menyentuh hati buat Cik Ash sebab lagu ni best dengar tambahan banyak kisah-kisah pasal artis ni, lagu yang dinyanyikan oleh Sufian Suhaimi - Dimatamu. Persembahan kelapan  dinyanyikan oleh DeFam - Bunga. Persembahan kesembilan diteruskan nyanyi Siti Sarah - Semakin. Persembahan kesepuluh dinyanyikan oleh Ara Johari - Bunga , Persembahan yang kesebelas dinyanyi artis yang memang Cik Ash minat otai masih berbisa dengan vokal iaitu Misha Omar - Sampai Bila , Manakala persembahan yang terakhir kita boleh tengok hujan dalam pentas dinyanyikan oleh Hael & Dayang - Haram.



Keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu 33 


Juara Lagu : Hael Husaini & Dayang Nurfaizah - HARAM (Hael Husaini & Ezra Kong)
Hadiah : Wang tunai berjumlah RM50,000 bersama trofi.

Naib Juara : Ara Johari  - Bunga ( Hang Nadim, Laq & Kadok)
Hadiah : Wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.


Tempat Ke 3 : Misha Omar - Sampai Bila ( Sharon Paul, Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri)

Hadiah : Wang tunai RM20,000 bersama trofi


Vokal Terbaik : Misha Omar - Sampai Bila 

Hadiah : Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi.


Persembahan Terbaik : Sufian Suhaimi - Dimatamu

Hadiah : Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi an telefon pintar kamera kuad Samsung Galaxy A9.


Tahniah buat pemenang AJL 33, jangkaan Cik Ash vokal dan persembahan terbaik akan dimenangi oleh Misha Omar dan Sufian. Manakala untuk juara dapat nak agak siapa sebab semua best-best lagu hahaha. Ok la itu nak kongsi hari ini. Lewat sikit nak update biasa la kena rehatkan mata sekarang tak boleh tengok lama-lama skrin laptop. Jumpa lagi nanti.

1 komentar:

avatar
mek yunie delete February 4, 2019 at 5:04 PM

mek pun pengsan jugok. hahahahha

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post