Wednesday, February 13, 2019

author photo
Masa Mandi Anak Anda Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar | Masa mandi adalah lebih sekadar rutin, ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.

Mekcik nak jadi model la pulak

CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI


CARRIE JUNIOR - sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubby Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D Carrie yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.



CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikan lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabu. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai pH lebih rendah berbanding sabun lain. la membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bar juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit, apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit. 


Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubun badan.

Carrie Junior Bubbly Bar - Double Milk

Carrie Junior Bubbly Bar - Groovy Grapeberry

Carrie Junior Bubbly Bar - Cheeky Cherry



CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

masa ambik gambar ni tertiba mekcik mari nampak sangat nak jadi model carrie junior hahaha

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara, sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

This post have 8 komentar

avatar
khalisah hazrina delete February 13, 2019 at 12:10 PM

wah besnye sabun carrie junior nih. anak lisa suka sangat dgn carrie junior sebab bau dia sedap.

Reply
avatar
mek yunie delete February 13, 2019 at 12:54 PM

haaa sabun buku. sabun legend ni. buleh try. tkdp la ank main buih dalam blik air. ni nyo pump ikut suka.

Reply
avatar
Murni Alysa delete February 13, 2019 at 1:28 PM

Wahh..Carrie Junior pon dah ada bar soap..boleh cuba beli juga ni

Reply
avatar
Cik Nor delete February 13, 2019 at 2:24 PM

kna mandi la mekcik tu guna sabun carrie junior..hihi

Reply
avatar
Ciktie delete February 13, 2019 at 10:34 PM

Wahhh bestnya..nak try jugak la

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete February 15, 2019 at 8:53 AM

masa kecik2 dulu guna carrie juniour

Reply
avatar
Abam Kie delete February 15, 2019 at 11:55 AM

biasa guna yg gel. lps ni nak try yg sabun buku la pulak,..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post