BERITA TERKINI BLOG CIK ASH

Thursday, March 28, 2019

Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang Mulai Di Bayar

Bantuan Sara Hidup Kategori Bujang Mulai Di Bayar | Siapa yang bujang tahniah kalau korang bertuah dapat BSH kategori bujang ni. Cik Ash nak bagitahu untuk bayaran akan dibayar mulai 28 Mac 2019. 



Untuk maklumat semakan kelayakan nak tahu status korang akan dapat BSH kategori bujang boleh layari link ni  SemakanBujang.aspx.Untuk penerima kategori Bantuan Sara Hidup Bujang mereka akan menerima sebanyak RM100. Sila semak status kelayakan anda di website LHDN ya.

Untuk menyemak di website nanti anda perlu menyemak dan pastikan anda ada no.kp pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah di daftar semasa daftar BSH yang lepas.


Kriteria Pembayaran
  1. Penerima bujang (termasuk ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda tiada tanggungan) berumur 58 tahun dan ke bawah semasa BSH 2018
  2. Pembayaran ini tidak terpakai jika:
    1. Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun ke atas semasa BSH 2019 kerana warga emas ini telah dibayar pada fasa 1 BSH 2019.
    2. Permohonan bujang dan ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang berstatus Tidak Lulus semasa BSH 2018
    3. Pemohon yang telah meninggal dunia sehingga tarikh semasa berdasarkan semakan pihak Jabatan pendaftaran Negara 
Ok la itu jer yang Cik Ash kongsi buat mereka yang lulus BSH tahniah ya.

8 comments:

  1. Bolehlah digunakan dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah kepada yg menerima bantuan ni..

    ReplyDelete
  3. 18k penerima kelantan yang takdp akaun. hmmm. how to educate them to have an account for banking. FB buleh ado sore sore, tp akaun bank tkdp.

    ReplyDelete
  4. semoga mereka yg layak dpt bantuan ini akan berbelanja dgn berhemah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki kepada mereka yang masih bujang..

    ReplyDelete
  6. Semoga yang betul-betul layak je yang dapat

    ReplyDelete
  7. Moga mereka yang betul-betul layak menerimanya.
    Buat mereka yang tak layak janganlah cuba mengambil kesempatan.. ;)

    ReplyDelete