Sunday, March 17, 2019

author photo
Buat Aiskrim Sendiri Guna 4 Bahan Puashati Makan | Musim panas ni kuat sangat nak makan aiskrim tekak ni, disebabkan nak sangat makan aiskrim maka terjadi la aiskrim yang Cik Ash last minute. Hihihi.


Buat Aiskrim Homemade ni Cik Ash intai-intai dekat youtube jer pun, dalam video tu masa nak putar dia guna mixer, untuk Cik Ash mencabar sikit guna manual pakai tangan hahaha, nasib baik ibu mentua yang rajin nak tolong kacau bagi sampai kembang. Bila dah nampak kembang Cik Ash masukkan serbuk coklat choco malt tesco tu kacau-kacau bagi rata masukkan dalam bekas terus simpan dalam peti ais. 

 

Malam tu suruh suami makan aiskrim yang Cik Ash suami kata sedap jadi la buat aiskrim nanti boleh buat lagi. Jadinya shopping aritu 2 tin susu cair dia beli nak suruh isterinya buat pulak hahaha.. Tunggu mood ada baru nak buat lagi hihihi. Dalam resepi yang Cik Ash buat hanya guna 4 bahan sahaja. Jom korang resepi nak buat aiskrim ni. 



Resepi Aiskrim Guna 4 Bahan 

Bahan-bahan 
1 tin susu cair
1 sudu ovellate
1 sudu susu pekat
1 penutup esen  vanilla

Cara membuatnya :- 

1. Campurkan ke semua bahan. Kacau dengan alat pengacau tu nama apa entah, Yang nak kacau buat bahulu tu. Kalau korang ada mixer senang putar dalam 15 minit dan kembang. Cik Ash ni guna manual lambat sikit nak kembang. 

2. Kalau korang nak guna blender, nak pesan korang kena buat sukatan separuh-paruh, maksudnya buat setengah tin susu cair & setengah bahan-bahan lain. Selepas itu buat la lagi setengah hingga kembang nak masukkan kesemua takut tak muat blender tu. 

3. Selepas itu untuk deko letaklah hiasan yang korang suka. Cik Ash tak letak pun sebab spontan buat hahhaa.. Simpan dalam peti sejuk selama 24 jam. 



Tapi tak sampai 24 jam malam tu dah boleh makan suami kata sedap la sayang buat aiskrim ni lepas ni tak payah beli aiskrim la hahaha...  Ok la korang itu jer cara Cik Ash buat aiskrim sendiri. Kepada korang yang ingin cuba selamat mencuba ya. Jumpa lagi di entri yang lain. 

This post have 14 komentar

avatar
Shafyqah Azahar delete March 17, 2019 at 10:50 AM

wahhh gini puas sangat la kan! boleh buat banyak kali pulak tu

Reply
avatar
Wani Sukarno delete March 17, 2019 at 11:13 AM

panas2 ni nak makan eskrim ..tapi beli dah siap dah x padan nak buat :D>.kalau homemade camni bagus la

Reply
avatar
PeRdU cINta delete March 17, 2019 at 11:49 AM

Betul musim panas ni tekak nak yang sejuk-sejuk je..hehehehe.

Reply
avatar
I am LZ delete March 17, 2019 at 1:09 PM

Sebelum ni tergerak hati nak buat aiskrim sendiri Cik Ash tapi asyik tangguh..
Bagus juga buat sendiri boleh standby dalam fridge.. Cuaca panas sedap pekena aiskrim..

Reply
avatar
mek yunie delete March 17, 2019 at 3:01 PM

mek try buat doh, tapi tak jadi. dimanakah silapnya

Reply
avatar
Cik kaella delete March 17, 2019 at 5:28 PM

Macam best jer. Macamni tak yah beli aiskrim dah dekat kedai hihi kaella nak try nantii

Reply
avatar
Nor Ain Rusli delete March 17, 2019 at 6:46 PM

Halahh halahhhhh tergoda plak tengok aiskrim tu.

Reply
avatar
Ana Suhana delete March 18, 2019 at 2:57 PM

Senang giler resepi ni cik ash. Boleh lah ana cuba utk syafi.

Reply
avatar
Sunah Sakura delete March 18, 2019 at 8:57 PM

senangnyaaaa nanti nak try buat jugak lerrrr

Reply
avatar
Lea Azleeya delete March 18, 2019 at 11:01 PM

Wahh pandainyeeee ekin... Mesti sedap ni.. Rajin betul dia..

Reply
avatar
Shikin Razali delete March 21, 2019 at 5:39 PM

Bahan yang mudah didapati tapi nak membuatnya... huhuhuhu

Reply
avatar
Cik Ash delete June 20, 2020 at 10:56 AM

Uish pelik tu cik ash buat jadi maybe ada la tu kesilapannya hihihi kena try n error mek

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post