Tuesday, March 5, 2019

author photo
Buat Bawang Putih Goreng 'Churcy Crispy' | Sebenarnya Cik Ash bukan salah seorang peminat makan bawang putih. Sebelum ni ada balik rumah ma tercuba la makan bawang putih yang telah di goreng. Sedap pulak pembuka bila makan bawang putih ni.


Cik Ash ni suka memcuba, bila rajin buat stock bawang putih yang di goreng macam orang jual tu janji kita buat puashati la sikit kan.

Lagi pulak rasa dalam badan ni ada banyak angin tu yang semangat nak buat sendiri hihihi. Apa yang Cik Ash tahu bawang putih baik untuk menghilangkan angin dan lain-lain. Tapi ingat jangan makan berlebihan nanti ada kesan sampingan ke.

Cara Mengoreng Bawang Putih

Bahan-Bahan
6 labu bawang putih
Minyak untuk mengoren

Cara membuat step by step :-

1. Bawang di kupas-kupas basuh nak tapiskan airnya.


2. Selepas itu  bawang putih tu di hiris nipis-nipis macam dalam gambar dekat bawah ni. Cik Ash guna pisau buang kulit buah tu senang jadi nipis-nipis. Kalau pisau tak jadi hihihi.


3. Panaskan minyak bila minyak dah panas goreng la bawang putih hingga kekuningan jangan bagi hangit nanti pahit tak sedap.


4. Angkat dan toskan minyak di atas tisu sejukkan lepas tu masukkan la ke dalam botol kendap udara.


Ok la korang itu cara Cik Ash buat bawang putih goreng buat stock dekat rumah ni, bawang putih goreng sedap di makan dengan nasi panas, nasi goreng, letak dalam sup dan masakan kuah-kuah ke. Selamat memcuba cara yang Cik Ash kongsi ni.

This post have 12 komentar

avatar
Shikin Razali delete March 5, 2019 at 12:28 PM

Bila agaknya saya nak buat seperti Cik Ash nie..hurmmm nak rasa jugak bawang putih goreng nie..

Reply
avatar
anamizu delete March 5, 2019 at 2:27 PM

waaahhhh meleleh air liur tengok bawang putih goreng cik ash! nak kena try buat jugak nanti ni hehe

Reply
avatar
Sunah Sakura delete March 5, 2019 at 9:04 PM

aduiiii cik ash...kita tak suka bawang putih!!!

kita pontianak gamaknye..hahahhaha

Reply
avatar
Yaya Azura delete March 6, 2019 at 12:00 AM

macam sedap pulak bawang putih goreng..nampak rangup.

Reply
avatar
Ana Jingga delete March 6, 2019 at 12:49 AM

tak pernah lagi buat ni ekin, tapi macam nak try gak. kadang2 selalu je kak ana kena gastrik dah berusia ni kan. Kut2 boleh hilang angin dalam badan kan :)

Reply
avatar
mek yunie delete March 6, 2019 at 10:33 AM

macam sedap ni. lagipun bagus ni untuk buang angin dalam badan

Reply
avatar
Cik Mimie delete March 6, 2019 at 2:15 PM

Salam Kak Ekin, kita datang terjah sini.. rindu lor..

Sedapnya, nanti bole cuba buat la.. tabur dekat sup pun sedap, macam bwg goreng tu..

Reply
avatar
mamapp delete March 6, 2019 at 5:57 PM

wow menariknya boleh try la nanti

Reply
avatar
Rodiah Amir delete March 7, 2019 at 9:11 AM

Diah pernah cuba tapi sayang hangit..tak sedap

Reply
avatar
Umi Nazrah delete March 7, 2019 at 1:32 PM

mudah ja kan. cuma kena semangat kuat ni nak rajinkan diri buat, saya la tu. hahahahhaa

Reply
avatar
Cik Ash delete March 9, 2019 at 4:12 PM

ambik2 aura pergi ke SR hhihihi

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post