BERITA TERKINI BLOG CIK ASH

Sunday, March 10, 2019

Entri Terbaik Februari 2019

Entri Terbaik Februari 2019 | Seperti biasa bila masuk bulan baru Cik Ash akan update entri terbaik dekat blog ni. Terima kasih kepada korang semua yang tidak jemu baca entri merapu dekat blog Cik Ash ni. Hahaha.

Entri Terbaik Februari 2019
Sejak lama bercuti dari menulis entri dekat blog bulan Januari aritu loni susah sikit nak menulis kembali seperti biasa huhuhu, mood kelaut dah ni ada jer entri #dapurcikash nak kongsi dekat blog tapi nak menaip mood agak kurang. Nak blogwalking pun dah jarang nak terjah. Loni jadi malas nak main laptop hihihi.Antara entri terbaik yang terdapat di dalam blog Cik Ash jom la baca dan tengok entri mana paling ramai yang view. 

1. Resepi Timun Tumis Air - Masih sama di paling yang view resepi ni, Tak sangka entri resepi paling simple ni, masih ada yang cari walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 4K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah. 

2. Lagu OST Drama Leftenan Zana - lagu tema drama ni memang berhantu di nyanyi oleh Ayda Jebat. Cik Ash duk menyanyi kadang-kadang lagu ni.

3. Magic Sponge - MR.DIY - Sponge Magic ni memang betul-betul best guna sebab boleh hilangkan kotoran degil. 

4.Resepi Lempeng Gula Merah - Masih berada dalam carta lagi untuk bulan ni. Entri ini dah lama juga Cik Ash kongsi dekat blog pada tahun 2017 lagi, sekarang masih ada yang mencari resepi ni Alhamdulilah, Pageview dah cecah 3k view. Manakala berada di carian pertama google juga.

5. Entri Terbaik Januari 2019 - Nak tahu apa entri terbaik bulan januari jom terjah baca.

6. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari - saja-saja suka kongsi resepi ramai yang cari resepi ringkas ni.

7. Terima Kasih Top Commentators 2018 - Hadiah perhargaan buat mereka yang telah meninggalkan komen dekat blog Cik Ash.

8. Drama Leftenan Zana Slot Lestary -

9. Safi Rania Gold Di Formulasi Beetox Technology - Entri pengkongsian produk rangkaian safi masih ada mencari walaupun dah lama kongsi tahun 2017 lagi. Manakala untuk view tontonan dekat youtube paling ramai tengok .

10. Dapat Gift Susu Anlene Cafe Latte - Dapat cuba sample Susu Anlene perisa Cafe Latte sedap ibu mentua Cik Ash suka susu ni.

Ok la korang itu jer antara entri terbaik untuk Februari 2019 di blog Cik Ash. Jemput la baca entri di atas hihihi..

7 comments: