Friday, March 8, 2019

author photo
Jom Bercuti Dengan Traveloka Sale-Abration Atau Matta Fair 2019 | Assalamualaikum... Hai semua, Siapa dekat sini pernah dengar pasal Matta Fair, bagi Cik Ash ini pertama kali tahu mengenai Matta Fair. Hari ini Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua mengenai Traveloka Sale-abration Hakuna Matta-Ta Deals untuk korang yang memang kaki travel atau yang sedang merancang plan untuk bercuti pada cuti sekolah nanti. Korang nak tahu apa itu Traveloka Saleabration? Ok jom Cik Ash kongsikan dengan apa yang menarik. 



Traveloka Saleabration akan membuat diskaun harga yang lebih murah sama masa dengan Matta Fair 2019 yang akan berlangsung nanti. Boleh dikatakan korang tidak sempat untuk ke event Matta Fair nanti, korang tak perlu nak risau kerana korang boleh menggunakan internet dan juga komputer ataupun telefon pintar dan lain-lain untuk tengok mengenai apa yang akan ada nanti di promosi Traveloka Saleabration ni. 

Kenapa Mesti Pilih Traveloka? 



Mesti korang nak tahu kenapa mesti pilih traveloka untuk menempah tiket penerbangan korang kan sebenarnya salah satu laman web yang disediakan untuk kita menempah flight dan hotel serentak sebelum kita pergi travel sama ada di dalam negara ataupun di luar negara. Dengan adanya laman web traveloka ini korang dah tak payah nak pening kepala nak booking satu persatu. Semuanya di hunjung jari korang boleh selesaikan dengan menggunakan laman web traveloka sahaja. Selain itu, di traveloka ini sangat memudahkan pengguna juga, Untuk lebih mudah dan senang  korang boleh dowload aplikasi Traveloka di telefon pintar korang sekarang ya.

Manakala untuk harga yang ditawarkan di traveloka adalah  murah, harga yang ditawarkan memang murah sebab Traveloka ni selalu ada buat promosi harga yang begitu murah-murah pada hari biasa mesti la rugi kalau tak tempah sekarang. Apa yang menarik tentang traveloka ini bila korang search mana-mana hotel, harga yang dipaparkan itu ialah harga yang korang perlu bayar, tiada caj tersembunyi dan sesetengah laman web yang Cik Ash tengok kebanyakkan sebaliknya. 


Traveloka Sale-Abration 2019 Kembali Lagi




Untuk pengetahuan korang semua, Matta Fair ini akan berlangsung pada Mac ni, masa ni la korang kena ambil peluang untuk tempah flight dan hotel sempena Matta Fair Promo ni. Korang bakal dapat pelbagai  diskaun tambahan di atas promosi penerbangan dari syarikat yang terlibat. Korang juga tak perlu risau di traveloka tiada booking fee. Tempah la sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan di mana-mana tempat tujuan destinasi pilihan korang. Banyak pakej percutian yang ada di traveloka ni. 


Nak tempah flight dan hotel mestilah semasa promosi sedang dijalankan bila promosi itu akan berlangsung, Dekat dalam laman web traveloka ada tulis dalam masa 3 hari daripada tarikh tu. Masa tu la korang boleh tempah dan pilih-pilih tempat pilihan korang untuk bercuti dengan keluarga. 

Apa Yang Menarik Promosi Traveloka Sale-Abration 2019




Mesti korang nak tahu apa promosi yang paling menarik apabila munculnya MATTA Fair untuk kali ini. Traveloka ini merupakan pakar dalam perancangan perjalanan yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Ingat travel ingat la TRAVELOKA kan ada. Apa yang menarik yang ada di Traveloka :- 

- Semua harga yang dipamerkan adalah harga yang sebenar tidak termasuk taxes, surcharges dan fees tanpa kos tersembunyi. 

- Setiap hari terdapat pelbagai tawaran yang menarik melalui aplikasi Traveloka.

- Terdapat review sebenar dari pelanggan Traveloka lebih dari 2,000,00+ verifield review yang membantu kita membuat keputusan dengan betul untuk memilih traveloka. 

- Jaminan penginapan sekiranya terdapat sebarang permasalah semasa membuat tempahan di traveloka. 

- Pembayaran yang mudah dan pelbagai antaranya melalui Credit Card, Debit Card, Internet Banking ataupun MOLpay di 7-Eleven tanpa ada caj transaksi. 

Untuk korang yang belum pernah membuat tempahan dekat Traveloka, korang boleh dowload aplikasi Traveloka di Playstore untuk Android manakala untuk Iphone di Appstore. Selepas itu korang boleh la daftar sebagai ahli, lepas ni senang kalau dah jadi ahli  ni korang  bakal dapat banyak kelebihannya. Nak tempah tiket  pada bila-bila masa pun senang tak payang pening kepala nak fikir semua di hujung jari sahaja. 

Bagaimana Cara Membuat Tempahan Dengan TRAVELOKA App? 


1. Mulakan dengan carian penerbangan (Flight) 

2. Dapatkan tawaran penjimatan mana yang lebih berbaloi. Di Traveloka App, korang boleh memilih flight mengikut kesesuaian bajet sama ada mengikut kadar harga, jauh perjalanan (length of trip) atau connections. 

3. Buat pembayaran dengan TRAVELOKA App melalui easy payment alternative yang mana apabila mendaftar membuka akaun, dan hanya dengan satu klik boleh membuat pembayaran secara online sahaja. 

4. Selesai tempahan dan bayaran, korang bolehlah menguruskan semua butiran penerbangan dan tempahan terus smartphone.  Maknanya smartphone di gunakan untuk pengesahan tanpa perlu cetakan tiket dan boarding pass lagi.

Jom Tempah Traveloka Sale-Abration


Macam mana korang dah berpuashti dengan pengkongsian yang Cik Ash kongsi ni. Rasa teringin nak pergi bercuti dengan family korang dengan Traveloka Sale-abration? So apa tunggu lagi, jangan bazirkan masa korang cepat-cepat pergi tempah traveloka sale-arabration ni. Pastinya Traveloka ianya memudahkan kerja  korang dan juga menjimatkan masa dan juga mempunyai pelbagai diskaun yang ditawarkan.

This post have 6 komentar

avatar
Farhana Jafri delete March 9, 2019 at 6:59 PM

bagus kan kalau semua harga jelas dekat situ tak perlu tertakluk kepada T&C.

Reply
avatar
mek yunie delete March 10, 2019 at 9:50 AM

haa, mek baco hop diah nk g penang, baco hop husniey nk g pulau. baco hop mrspip nk g labuan. arrr sudoh.

Reply
avatar
Sha Mohamed delete March 11, 2019 at 11:40 AM

Bagus Traveloka ini.. Memudahkan

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post