Monday, April 8, 2019

author photo
Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 | Pada jam 9.00 malam hari ahad kemalrin telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpu 2019 di Dewan Perdana, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan menyaksikan sebanyak 9 kategori yang dipertandingkan pada malam itu.


Anugerah DFKL
DFKL 2019

Pada malam itu Drama NUR merangkul enam trofil yang dipertandingkan, memang tahun lepas drama ni yang paling ramai orang layan disebabkan lakonan yang hebat dan pengarah yang hebat menerbitkan cerita ni. Anugerah ini dipertandingkan untuk bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 dan karyawan terbaik sepanjang tahun 2018. Antara berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 seperti di bawah ni. 

Drama Pilihan -Nur (Radius One Sdn Bhd)

Drama Pendek Pilihan - Orang Kita ( Mohd Edzuan)

Drama Rantaian Bahasa Cina - My Sensei Nyonya (Media Corp Studio Sdn Bhd

Aktor Pilihan - Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan - Janna ( Semerah Cinta Humairah)

Antagonis Pilihan - Azhar Rani ( Nur)

Lagu Pilihan - Shah & Zam (Haqiem Rusli ( Jatuh Bangun)

Penulis Skrip Pilihan - Shahrulezad ( Nur)

Pasangan Pilihan - Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)

Pengarah Pilihan  - Shahrulezad ( Nur) 


Tahniah buat semua pemenang pada malam itu, memang Cik Ash dah jangka drama Nur akan sapu bersih sebab drama ni paling trending semasa bulan ramadan tahun lepas sampai kan suami boleh layan drama ni, part yang Cik Ash tak boleh lupa yang Sup Bunjut tu hahaha, ingat sampai sekarang bab lawak tu. 

Ok la korang itu jer Cik Ash update hari ini nak kongsikan senarai pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 ni. Jumpa lagi nanti kalau entri lain.. Sekarang Cik Ash sibuk sikit sebab ada renovate dapur dan tandas. Bersabar la dengan keadaan rumah yang memang berhabuk dengan segala habuk dinding.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post