Tuesday, May 7, 2019

author photo
Drama Imaan Di Slot Raihana Astro Oasis | Ada ruang online ni Cik Ash ambik peluang update blog, aktif semula taip entri santai-santai jer, nak review buat masa sekarang tak boleh lagi. Masih dalam kesibukan dengan rumah belum pulih lagi. Kadang serabut perut tengok rumah belum siap lagi. Aduhaiii...



Siapa kat sini minat dengan pelakon pujaan hati kanda remy ishak tu, mesti layan drama ni hahaha, Cik Ash salah seorang terlayan drama ni tu pun tengok dekat laptop jer pun nak tengok dekat tv malas nak kacau ibu mentua tengok cerita dia.. Baik kan menantu hihihi. Tambahan ada pulak Nora Danish lagi la Cik Ash suka tengok dia berlakon. 


Drama ni telah bersiaran dah 3 episode bermula pada 1 Mei, setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. Drama Imaan Merupakan adaptasi drama Pakistan yang bertajuk Khuda Aur Muhabbat (2011). Drama ni merupakan terbitan syarikat Global Station Sdn Bhd, skrip di tulis oleh Adzim Shahabudin dan team telah di arahkan oleg pengarah Yusry Abdul Halim.

Pelakon Drama Imaan 
Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Remy Ishak,Nora Danish,Fendy Bakry,Fikhree Bakar,Rahim Razali,Dian P Ramlee,Wan Sharmila,Rahim Omar,Eizlan Yusof dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Imaan 

Drama Imaan ini mengisahkan Imaan gadis kampung yang membesar dalam keluarga yang warak. Bapanya,Maulana adalah seorang guru tahfiz di kampung. Kerana tidak dapat menyambungkan pelajaran, Imaan kini berguru dengan Abdullah di tahfiz pada waktu malam. 

Sejak bertemu dengan Imaan,Hezrey seorang lelaki bandar berusaha untuk mengenali Imaan.Walaupun kurang didikan agama,Hezrey sanggup berubah untuk meletakkan dirinya sebagai menantu dan di terima oleh keluarga Imaan. Hezrey juga tertekan apabila keluarganya cuba menjodohkannya dengan Yasmin.

Apa akan terjadi dengan Imaan nanti, Saksikan sendiri drama Imaan setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di slot Raihana Astro Oasis (106).Best cerita ni tengok remy ishak dan nora danish hahaha.

This post have 5 komentar

avatar
Sunah Sakura delete May 7, 2019 at 11:02 AM

cite sempena ramadhan ke ni ek? macam best pulak sebab remy dengan nora danish ade..hahaha

Reply
avatar
mek yunie delete May 7, 2019 at 11:45 AM

haaa, nk tgk la malam ni. ado dalam youtube kalu tk silap. huhuh

Reply
avatar
Cik Ash delete May 7, 2019 at 12:31 PM

Yup sunah cerita sempena ramadhan hihihi.. Best tgk nora comel sangat pakai tudung dege remy yg tolol hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete May 7, 2019 at 12:31 PM

Ada tu tapi setakat 3 jah.. 4 astro gempak x upload dah

Reply
avatar
Ciktie delete May 11, 2019 at 9:48 PM

Pernah tengok sekali haritu..best juga cuma tak minat sangat la Nora Danish hehe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post