Thursday, July 25, 2019

Kad Rawatan Kucing Kesayangan

Kad Rawatan Kucing Kesayangan | Assalamualaikum... Hai korang semua, harap sihat la ya.. Hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan korang semua kad rawatan untuk kucing kesayangan Cik Ash dekat rumah ni. Macam budak-budak pulak kucing siap ada buku rawatan hahaha.. 


Ada dua kad rawatan untuk mekcik satu rawatan bawa pergi klinik untuk kalau dia demam , tak lalu makan ke, manakala kad yang oren tu rawatan untuk cucuk vaksin di klinik veterinal kerajaan. 

Biasa la kucing dah tua ni selalu jer sakit kadang selalu Cik Ash cakap mu ni mekcik macam mok jah sampai masa sakit hihihi.. Yer la Ibu Mentua setiap 3 bulan ataupun 4 bulan mesti penyakit asma dia datang. Tak lalu makan dan dah berjalan tak larat. Sampai tak tahu nak masak apa bagi dia lalu makan. Bila bawa buat rawatan dekat Klinik Peribadi Mok sebab dari zaman muda hingga sekarang pergi cucuk ubat asma dan batuk di Klinik Dr Ismail. Eh terlebih cakap pasal ibu mentua pulak.



Kembali semula pasal kad rawatan Mekcik ni, dah macam budak-budak pulak bila tengok kad rawatan dia, hahaha.. Kad pink tu Cik Ash selalu bawa di Klinik Haiwan dekat pekan kulim. Last bawa Mekcik bulan 6 aritu selepas hantar mekcik di tempat homestay kucing tertiba dia tak sihat maybe la antibodi dia tak kuat dah kut sebab dah tua mudah kena penyakit. Tertiba demam,selesema tak lalu makan. Ajak suami pergi bawa dekat klinik haiwan tu pejam mata gak sebab swasta kan hihihi dah la waktu belum gaji lagi. 

Masa buat rawatan dekat sana dr chek mata,chek hidung,chek mulut siap dr terkejut tengok semua gigi kecil dah tak ada cuma ada gigi taring jer. Kesian dekat dia. Patut la mekcik tak lalu nak makan makanan kering kadang. Sebab tu cuba weetfood dia makan tapi tak berapa jalan sangat kurang sedap kut. Kalau yang beli sedap pulak dia makan macam-macam perangai mekcik seekor ni.


Manakala untuk kad oren itu pulak untuk rawatan susulan untuk vaksin, mekcik akan disuntik vaksin pada bulan 12 nanti. sebab kena ikut tarikh masa suntik aritu. 

Ok la korang itu hari ini Cik Ash nak kongsi pasal Kad rawatan kucing kesayangan jer dekat blog ni. Siapa kat sini ada pelihara kucing mesti ada kad rawatan macam ni gak kan. 

10 comments:

  1. hebat skrg kucing pun ada kad rawatan...sygnya kucing abe kie dah ghaib tanpa pesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dah macam kita pulak ada kad rawatan hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. Hihihi tu la dua klinik pulak tu bawa rawatan hilir tu kak

      Delete
  3. Wow, kucing pun ada kad rawatan ya, hehe

    ReplyDelete
  4. kalah kita kucing ni, siap ada kad rawatan lg..haha

    ReplyDelete