Monday, July 8, 2019

author photo
Reedem Kali Kedua Jawab Survey Yougov | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar. Terima kasih kepada korang yang baca dan komen dekat entri Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam. Hari ini Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua mengenai Jawab Survey dengan Yougov. 


Sebelum ini Cik Ash  kongsi hanya jawab survey dapat point kita boleh tebus duit dalam nilai Singapore Dollar. Selain duit kita juga boleh tebus voucher dan macam-macam lagi. Menarik tak bila dengar hanya jawab survey jer pun dah boleh dapat duit. Siapa lagi nak bagi kan. Kita kena berusaha mencari. Jangan malas kena rajin baru dapat. Jawab survey Cik Ash mengisi masa lapang. Kumpul-kumpul point sampai 5000 dah boleh reedem paypal RM70 kali kedua pulak. hihihihi. 

Untuk kali kedua ambik masa sekejap pulak mengumpul mungkin Cik Ash rajin jawab survey hahaha.. Dulu-dulu join tapi malas nak jawab kena tanya soalan kan. 



Klik reedem tu sebelum nak klik reedem tu korang kena pastikan segala maklumat alamat rumah, nombor telefon, serta alamat email paypal yang kita berdaftar itu adalah betul ya. Perlu kena chek dengan teliti untuk alamat email itu sebabnya kalau salah isikan akibatnya pembayaran yougov ke accout paypal kita tertangguh pulak kan...bila semua dah betul klik la reedem akan keluar dalam gambar seperti di bawah ini 



Dalam beberapa saat kemudian anda akan dapat email daripada yougov dalam gambar seperti di bawah ini di dalam email ini kena tunggu selama 30 hari untuk melihat wang tersebut masuk ke dalam account paypal kita... Cik Ash reedem point yougov ni pada 15 Jun 2019 dan menunggu tidak lama mana pada 28 Jun 2019 bila buka accout paypal dan email ada dapat katanya duit paypal dah masuk hihihi.


Apa tunggu cepat-cepat la daftar YouGov  untuk menjawab survey dan kumpul-kumpul point dan boleh dapat duit ataupun lain-lain lagi. Selalunya undangan survey daripada yougov satu hari dengan nilai point dalam 50-150 point per survey. Survey tersebut selalunya pertanyaan secara umum sehingga ianya sangat mudah untuk kita jawab dalam masa 5 hingga 15 minit

This post have 5 komentar

avatar
Aiman Salleh delete July 9, 2019 at 4:27 PM

wahhh. saya lagi 500 point nak cukupkan 5000 ni, tak sabar nak redeem kali kedua jugakk ni :D

Reply
avatar
Azirahman delete July 9, 2019 at 7:09 PM

Pernah daftar ni dulu tp tak rajin menjawap. Nak try semula la.

Reply
avatar
Slumber Lady delete July 11, 2019 at 4:39 PM

Wah, dah second time. Kita nak redeem first time pun tak dapat. Haha. Tak cukup point lagi.

Reply
avatar
Rodiah Amir delete July 13, 2019 at 1:19 AM

Tak pernah cuba, boleh juga buat tambah duit poket

Reply
avatar
Tengku Sofia delete July 13, 2019 at 11:52 PM

Tak pernah tahu tentang ni. Thanks share info ye.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post