Sunday, July 21, 2019

author photo
Resepi Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak | Rasa dah agak lama Cik Ash tak sharing resepi masakan daripada #dapurcikash last bulan 4 aritu hahaha.. lama sungguh tak sharing gara-gara baiki rumah la langsung tak ada entri masakan dekat blog. Sebenarnya Cik Ash dah lama teringin nak makan maggi goreng ni  baru-baru ni Cik Ash buat untuk sarapan pagi. Buat nasi goreng sedikit maggi goreng 2 bungkus. Jadi la untuk alas perut 3 orang dekat rumah ni Cik Ash, Suami dan ibu mentua.


Lagi pulak masak maggi goreng secara sepontan jer, tak ada ikut resepi sesiapa buat cara Cik Ash senang buat campak-campak barang yang ada dekat rumah ni hahaha.. Janji sedap dimakan tengok suami makan berselera jer dia. Terhasil la Resepi Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak.

Mesti korang tak sabar nak tengok Resepi Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak kan, Jom la kita usha-usha bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuatnya :- 


Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
2 bungkus maggi perisa kari
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
sedikit isi ayam
1 biji telur
sawi sedikit
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap 
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato 
secukup rasa

Cara Membuatnya : 
1. Didihkan air masukkan maggi rebus selepas sejatkan dalam tapis santan. Biarkan.

2.Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang besar, bawang putih hingga kekuningan.

3. Selepas itu masukkan isi ayam kacau hingga ayam masak.

4. Lepas itu masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap ,secukup rasa dan serbuk maggi tu. Sesuai rasa dah ok masak hingga pecah minyak sikit. Bila dah masak pecahkan telur kacau-kacau boleh la masukkan maggi gaul-gaul hingga sebati. 

5. Siap boleh la dimakan dengan penuh nikmat hahahaha..

Ok la itu jer Cik Ash update hari ini nak kongsi masakan Maggi Goreng Cara Cik Ash Masak, Sedap juga bila lama tak makan maggi goreng ni, aduhaiii hancur diet Cik Ash bila makan tak ingat asyik bertambah. Selamat memcuba resepi ni ya. So kalau korang nak tengok koleksi resepi lain boleh terjah dekat #dapurcikash.

#cikash
#cikashdotcom
#resepimaskan
#masakan
#maggigoreng

This post have 7 komentar

avatar
#JMBELOG delete July 21, 2019 at 10:09 AM

SAYA 2 BUNGKUS PUN TAK CUKUP... HAHAHA...

Reply
avatar
Husniey Husain delete July 21, 2019 at 11:02 PM

Nampak sedap sangat tu cik ash..thank you kongsi resepi

Reply
avatar
Cik Ash delete July 22, 2019 at 1:45 PM

makan jah.. kebetulan sayur xdop hahaha buat tu.

Reply
avatar
Cik Ash delete July 22, 2019 at 1:45 PM

memang maggi kalau masak dua bungkus x cukup

Reply
avatar
Cik Ash delete July 22, 2019 at 1:46 PM

hahaha.. spontan masak husni..

Reply
avatar
adianiez AIDA delete July 22, 2019 at 3:16 PM

aida x pernah buat maggi goreng cara gini tau.
unless beli mee goreng indomie tu lah.
ni... aida copy paste ekk :)
boleh try. anak2 aida memang la peminat maggi goreng kedai mamak :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post