Sunday, August 18, 2019

Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas

Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas | Hari ini Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua masakan daripada #dapurcikash. Terima kasih juga kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat Unique Gift Ideas To Add To Special Baby Hamper Little Flower Hut. Pertama Cik Ash cuba buat singgang ayam. Bila buat sedap juga makan singgang ayam ya. Menghirup tak ingat dunia hahaha.

Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas

Kebetulan bahan-bahan nak buat ada jer dekat rumah, tu yang buat hahaha,senang jer nak buat singgang ayam ni. Macam kita buat singgang ikan tu jer cara sama jer buat. Main campak-campak jer dalam periuk hahaha. 
Jom usha resepi singgang Ayam dekat bawah ini, nak buat dia senang sangat janji kesemua bahan di bawah ada dekat rumah ya. 

Resepi Singgang Ayam 

Bahan-bahan 
Ayam (Cik Ash masukkan tulang2 ayam dan isi.) 
4 cawan air
Sebelah bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Lengkuas (dihiris)
Kunyit serbuk
1 batang serai
3 asam keping
6 batang sayur bendi
1 biji lada besar hijau (dipotong)
2 biji cili padi


Cara Membuatnya : 
1. Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah,bawang putuh,kunyit,haiia,lengkuas serai,asam geluguk , garam dan lada hitam, Didihkan.Buat macam kita buat singgang ikan jer pun.. 
2. Masukkan ayam , bendi dan cili padi.
3. Ayam Singgang sudoh siap untuk dihidang!. 


Ok la korang selamat mencuba resepi Singgang Ayam Yang Ringkas ni, Selamat Memcuba dekat korang semua ya.

10 comments: