BERITA TERKINI BLOG CIK ASH

Friday, August 2, 2019

Resepi Telur Masin Goreng Dadar

Resepi Telur Masin Goreng Dadar   | Assalamualaikum... Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan terima kasih yang sudi komen dekat entri Bulan ogos tahun 2019 dah. Sebenar Telur Masin goreng dadar ni dah lama Cik Ash buat hari ini baru sempat nak berkongsi dekat blog ni hihihi. Biasa la bab menulis resepi ni kena ada mood juga. Jom la tengok resepi #dapurcikash hari ini.

telur masin goreng dadar

Sebenarnya Cik Ash pening nak masak menu apa bila masak waktu nak makan tenghari aritu, bila ternampak ada stock telur masin dekat rumah ni, terfikir la dalam kepala apa kata kita buat telur masin goreng dadar hahaha.. So Cik Ash sediakan bahan-bahan nya. Bahan nak buatnya bukan susah pun mudah dan senang jer. 

cara membuat telur masin goreng dadar

Resepi Telur Masin Goreng Dadar 

Bahan-Bahan 
2 biji telur masin
1 biji bawang besar
4 biji cili padi
sedikit serbuk pati sedap

Cara Membuatnya :- 
1. Tumbuk bawang besar dan cili padi (Cik Ash tumbuk dalam jer)
2. Pecahkan telur masin dalam mangkuk kacau bagi rata semua telur. Telur merah tekan-tekan dengan garfu untuk bagi hancur.
3. Bila dah sebati masukkan bawang besar dan cili yang kita tumbuk kacau sampai berbuih.
4. Masukkan serbuk pati sedap kacau lagi bagi sebati.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng seperti biasa.
6. Angkat boleh dihidangkan dengan nasi yang panas.

telur masin goreng dadar

Makan lauk Telur Masin Goreng Dadar ni tak makan lauk lain pun tak pe, sebab menu ni dah boleh buat kami bertiga dekat rumah bertambah-tambah nasi tambahan pulak sekarang dekat kedah musim hujan-hujan kan macam makan telur dadar dengan ikan budu. Sampai ibu mentua Cik Ash siap boleh kata macam makan dengan telur dadar goreng dengan ikan budu pulak sebab rasa masin kan. hihihi.. So kalau korang tak tahu nak masak menu apa boleh cuba buat masakan ni. Kalau nak tengok koleksi masakan yang lain boleh tengok koleksi #dapurcikash.


Ok  la korang itu jer hari ini nak kongsi Resepi Telur Masin Goreng Dadar jer pun, simple dan mudah jer buatnya. Nanti kalau ada masa kelapangan Cik Ash update entri yang lain pulak. 

#dapurcikash
#cikash
#cikashdotcom
#homecooking
#foodblogger
#sayamasak

10 comments:

  1. Baru tau..telur masin boleh dibuat telur dadar...nak tanya tak masin ke?eh..sure la masin kan...eh nanti nak cuba la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan letak garam kak.. letak sedikit serbuk perasa tu..

      Delete
  2. Sedapnya cik ash. Tak pernah rasa lagi lauk telur dadar telur masin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memey sedap husni kalau makan time hujan2 lagi nyakut ni

      Delete
  3. Wahh, nampak sedap ni. Boleh try :)

    ReplyDelete
  4. nampak sedap.. tp sy tak andai makan yg masin2 haha

    ReplyDelete
  5. first time kite dengar recipe ni kak..
    menarik. tak penah beli or buat telur masin. selalu makan yang rebus terjual kat kedai je..

    ReplyDelete