Sunday, August 4, 2019

author photo
Sinopsis Drama Skrin Sentuh Hati Eryna | Malam ni terlebih rajin nak update blog malam ni la hihihi, eh terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Beautea By Safi Produk Terbaru Daripada Safi 100% Estrak Tea Premium. Sebenarnya Cik Ash nak kongsikan dengan korang drama yang menarik boleh jadikan list untuk menonton drama ni sedang dikeudara di TV1 dalam Slot Widuri.


Drama bersiri yang Cik Ash ingin kongsikan itu adalah Drama Skrin Sentuh Hati Eryna yang telah ditayangkan pada 27 Julai 2019 aritu, setiap khamis hingga Ahad pukul 7 malam. Drama ini ada 13 episode jer. Dalam drama ni ada pelakon yang dah lama Cik Ash tak tengok lakonan beliau sekarang dah bertudung sampai tak kenal. Siapakah dia korang kena tengok drama ni hahaha..

Drama Skrin Sentuh Hati Eryna skripnya ditulis oleh Che Li dan merupakan arahan pengarah Zek Zukri, terbitan syarikat produksi Bright Network Sdn Bhd. Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Nazeera Sardi, Naufal Hatta, Jasmin Hamid,Kuza,Faralyna Idris,Safwan Idris,Mak Wan,Tina Rasid,Fanna Azizan.

Sinopsis Drama Skrin Sentuh Hati Eryna
Drama ini mengkisahkan konflik kekeluargaan seorang anak kepada ibunya dan juga konflik percintaan yang dipenuhi muslihat dan dendam.

Eryna anak tunggal Datin Helena,ahli perniagaan berjaya yang telah jatuh hati dengan Fendi namun dihalang oleh Datin Helena kerana tidak mahu anaknya dipergunakan Fendi. Demi Fendi,Eryna telah tinggalkan rumah dan memutuskan persahabatannya dengan kawan baiknya, Anis. Satu hari Eryna mula rasa ditipu dan menyesal kerana mengabaikan nasihat ibu dan rakannya. Dia mahu kembali ke pangkuan mereka. Fendi yang ditinggalkan berdendam kepada Eryna dan ibunya.

Sementara itu Ustaz Fattah adalah guru agama yang baru pulang dari Yaman dan mengajar Al-Quran di masjid. Dia didekati oleh Ustazah Eisya yang mahu menyertai kelas Al-Quran itu. Ustaz Fattah dan keluarganya berhasrat membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran dengan pengurudsan yang lebih teratur dan model yang berkualiti. Mereka membeli bangunan dan Ustaz Fattah mendapat sokongan penuh dari ibu dan abangnya yang sangat yakin setelah Ustaz Fattah membina nama dan reputasi dari media sosial. 

Ustaz Fattah pula merasa tertekan kerana keluarganya mula mendesak dia berkahwin dengan Ustazah Eisya. Ustaz Fattah mahu mengutamakan kelas bacaan Al-Quran itu melahirkan generasi yang berilmu. Urusan perniagaan mempertemukan dia dengan Eryna dan ketampanan Ustaz Fattah membuatkan Eryna terpaut hati. 

Syarikat milik keluarga Ustaz Fattah setuju berkerjasama dengan syarikat Helena bagi membina hotel patuh syariah. Eryna gembira dan mahu mengenali Ustaz Fattah dengan lebih rapat. Eyrna tiba-tiba berubah dan mula meninggalkan kemungkaran.

Sejak perkenalan dengan Ustaz Fattah,Eryna mula memberi sepenuh perhatian kepada dirinya dan syarikatnya. Dia menunjukkan minatnya terhadap Ustaz Fattah namun tiada respon yang positif sehinggalah Eryna bertudung bagi menarik perhatiannya. Malangnya,Ustaz Fattah seringkali lebih mementingkan perbincangan tentang kelas Al-Quran bersama Ustazah Eisya.

Eryna cuba menunjukkan bahawa dia telah berubah namum Helena yakin ia hanyalah luaran semata-mata. Eryna dan Ustaz Fattah semakin akrab dan mesra setelah kerap bertemu. Eryna menyakinkan ibunya dan rakan-rakan bahawa dia sudah berhijrah. Ustaz Fattah pula menafikan yang dia telah jatuh cinta dengan Eryna tanpa dia sedari bahawa ibunya sedang mengaturkan dia dengan Ustazah Eisya. Fendi pula kembali menghantui hidup Eryna dan mahu merosakkan hubungan dengan Ustaz Fattah.

Kalau korang yang terlepas peluang nak layan drama ni korang boleh tengok di myKlikrtm. Cik Ash pun terlepas jugak tengok episode 1 dan 2 tu buka website myklik layan semula drama ni. Tadi baru tengok nampak macam best pulak hihihi. Ok la korang Cik Ash undur diri dulu la ya ada urusan diluar yang perlu diselesaikan dulu. 

#dramabersiri
#dramaskrinsentuhhatieryna
#sinopsisdrama

This post have 5 komentar

avatar
cikguzim delete August 4, 2019 at 10:49 AM

menarik drama ni ..nk kena tonton ni...

Reply
avatar
Ana Jingga delete August 4, 2019 at 10:36 PM

drama baru ye Ekin, kak ana laa nii tak sangat layan drama siri, faktor usia laa tu hehe :)

Reply
avatar
nurul aqidah azahar delete August 5, 2019 at 3:17 PM

mcm best citer ni..kwn ida slh seorang pelakon ni..safwan idris tu

Reply
avatar
Rodiah Amir delete August 17, 2019 at 5:36 PM

Diah tengok iklan macam sedih je cerita ni

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post