Monday, August 26, 2019

author photo
Teringin Nak Makan Kita Buat Nasi Kerabu | Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Entri Terbaik Julai 2019. Siapa kat sini minat makan nasi kerabu, kita geng la ya. Cik Ash ni sebabkan teringin terjadi la buat nasi kerabu petang 24 Ogos dan sarapan pagi pada 25 Ogos . Sebab dah lama tak makan tu yang buat. Kalau beli dekat kedai macam tak puas dan tak kena  dengan selera la, Nasi kerabu kalau nak sedap sambal ikan tu mesti kena sedap ada rasa manis dan masin biar sekata. Lagi pulak sebelum ni selalu buat nasi warna kuning kali kita ubah warna biru dari bunga telang.


Teringin Nak Makan Kita Buat Nasi Kerabu

Sebelum kejadian nak buat tu Cik Ash ada tanya suami la nak makan Nasi Kerabu tak,Suami Cik Ash cakap la ikut la kalau rasa larat buat la, Sebab teringin tu la Cik Ash onkan jer. Ajak suami cari bahan-bahan nak buat sambal dan ulam daun kesum dan timun untuk buat ulam. Lepas tu pergi ambil daun telang dekat rumah kak ipar.

bunga telang
Kebetulan dalam peti ada stock ikan selayang (sardin) tu yang laju nak buat Nasi Kerabu untuk sebelah petang dan untuk sarapan pagi, Lagi pulak buat lebih sikit nak bagi dekat kakak-kakak ipar. Jom la kita tengok cara-cara nak membuat nasi kerabu dekat bawah ni.


Nasi kerabu

Nasi Kerabu Cara Cik Ash

Nasi tu kita tanak macam biasa la basuh beras lepas tu masuk air bunga telang yang Cik Ash blender dengan air. Cik Ash letak 4 cawan beras air lebihkan 5 sukatan dekat periuk nasi tu ada sukatan kan.


sambal ikan kelapa

Untuk buat sambal ikan tu pulak Cik Ash rebus ikan sardin 3 ekor, kelapa tu pulak Cik Ash beli RM2.00 jer, permulaannya goreng kelapa hingga garing jangan hangit nanti jadi pahit kan. Perisikan ikan, 1 biji bawang, 1 inci halia, 1 biji bawang putih dan sedikit serai. Blender kan semua bahan senang sesuaikan rasa letak 1 sudu makan garam dan gula ataupun satu karet nise. Kena ada rasa manis dan masin. Sambal ni kena ada rasa manis masin baru sedap makan.

Manakala untuk lauk pauk pulak Cik Ash buat sebelah petang tu Cik Ash goreng ayam jer dan sebelah pagi keesokkannya Cik Ash goreng ikan celup tepung. Untuk ayam goreng tu Cik Ash perapkan dengan serbuk kunyit, garam dan jintan manis sikit. Untuk ikan pulak Cik Ash bancuhkan tepung ubi,tepung jagung dan tepung bestari kuantiti satu sudu plastik tu. Celup ikan lepas tu goreng dalam minyak panas. Tapi sayang terlupa nak ambil gambar hahaha maafkan Cik Ash.


Tumis Budu

Kalau makan Nasi Kerabu tak sah kalau tak ada  tumis budu , Cik Ash guna tumis budu yang Cik Ash simpan dalam peti ais panaskan semula. Boleh makan lagi. 


ulaman

Nasi Kerabu ni kena ada ulam-ulam untuk menampakan naik serinya hahaha.. Cik Ash jah bagitahu sebenarnya bila makan bercampur dengan ulam-ulaman ni sedap makan pun tak ingat. Untuk ulam-ulam pulak Cik Ash guna daun kesum,timun, serai dan kacang buncis. Guna ulam yang mana ada. 

Hah macam mana bila baca cara nak membuat tak teringin nak buat juga ke nasi kerabu tu hahaha...Kalau nak tengok resepi cara tersusun yang boleh faham boleh tengok dekat Resepi Nasi Kerabu Kelantan. Sebab buat nasi kerabu ingat dalam kepala jer tu taip apa yang keluar dalam kepala. Harap ada yang faham la cara dekat atas tu Cik Ash kongsi. 

Ok la korang jumpa lagi kalau ada entri baru nanti Cik Ash update ya, jumpa lagi nanti. Sekarang dekat Kedah musim hujan kan, waktu siang selalu mengantuk kerjanya nak lelap hahaha buka blog pun malas bila malam ni mata jadi terang tu yang menaip waktu malam jadi panjang berjela-jela pulak ni. 

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking

#masakan

This post have 18 komentar

avatar
Sis Lin delete August 26, 2019 at 10:04 AM

Peberet kita juga ni...sedapnyaaa..
Nak buat sendiri memang tak pandai ...

Reply
avatar
adianiez AIDA delete August 26, 2019 at 11:04 AM

tak pernah buat sendiri.ada je resepi hi hi hi :)
beli jer.
daun telang tu, recently baru la aida tau.
before tu, ingatkan biru tu pewarna.

Reply
avatar
Ain Athirah delete August 26, 2019 at 8:56 PM

sama! Fav jugak ni. Haha takleh jadi kena buat jugak nasik kerabu dlm masa terdekat ni. hritu ada la godek2 resepi jugak. tp bahan nak masaknya tak ada.

Reply
avatar
Ibucida delete August 26, 2019 at 9:24 PM

first time shu makan nasi kerabu bila study di Segamat dulu, sekali sebab tak reti makan. sekarang dah kerja baru makan semula.

Reply
avatar
Cik Ash delete September 13, 2019 at 7:40 AM

Ni sebab suami nak makan tu gagahkan diri buat hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete September 13, 2019 at 7:40 AM

memang sedap kak nasi kerabu makan nambah tak ingat

Reply
avatar
Cik Ash delete September 13, 2019 at 7:41 AM

kena buat tu aida baru rasa nikmat buat sendiri puashati makan

Reply
avatar
Cik Ash delete September 13, 2019 at 7:41 AM

suami nak makan kena buat hahaha.. Rajin n malas jah sebenarnya sbb nak buat dia jenuh sikit

Reply
avatar
Cik Ash delete September 13, 2019 at 7:43 AM

akak pun kalau ada bahan xmasak nasi kerabu hahaha kena bahan baru jadi

Reply
avatar
Cik Ash delete September 13, 2019 at 7:43 AM

sini pun ada nasi kerabu tapi xkena dengan selera tekak hihihi

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post