Saturday, August 10, 2019

author photo
Terjerebak Layan Drama Sweet Dreams La | Assalamulaikum... terima kasih kepada yang membaca dan memberi komen dekat entri Set Althea A'Bloom Produk Dari Korea Yang Menarik . Sebenarnya Cik Ash saja-saja nak berkongsi pasal drama terbaru yang mengantikan Setelah terlafaznya akad iaitu Drama Sweet Dreams. Drama ni mula-mula Cik Ash tak layan pun. Entah macam mana masa duk layan Drama Utusan Cinta Buat Adam di youtube ternampak iklan drama tu tengok pulak mira filzah jadi bisu alahai comel, dengan ben amir muka kerut-kerut2 gitu la tersuka tanpa sengaja dengan drama ni hahaha... 

Drama Sweet Dreams 

Siapa layan drama Sweet Dreams ni, boleh geng la hihihi, Cik Ash bab nak layan satu drama ni agak kurang la sikit, kadang tu tengok pelakon gak tetapi kali terjerebak pulak hahaha...Lagi pulak tak mana tengok lakonan Ben Amir ni, Mira Filzah kadang-kadang jer layan kalau ada drama dia berlakon. 

Tetapi kali ini melekat pulak layan drama Sweet Dreams, sebab dramanya lain dari yang lain ala-ala macam korea la pulak sekali tengok hahaha, part yang hujan tu macam dalam cerita goblin pulak hahaha.Jom baca sinopsisnya dekat bawah ni :- 

Sinopsis Drama Sweet Dreams

Drama ini mengisahkan seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu kabut atau 'Minah Clumsy' sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. 



Puteri seorang yang bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek,tanganya sudah dipaut tertiba muncul lelaki itu datang tanpa isyarat.

Manakala Qash Adam merupakan seorang pelukis yang selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesensaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh dia rasa terbeban.

Qash Adam dihina,difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan,ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa ia datang dengan segununh tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, dengan kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu,pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si Adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.


Tetapi, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash ada perassan halus yang mengikat hati mereka berdua. Akhirnya mereka berdua berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Bila baca sinopsisnya pun dah tak sabar nak tengok akhir ending drama ini, nak  tahu macam mana kisah Putri dan Qash nanti. Suka tengok cara Miza Filzah jadi bisu comel jah, manakala Ben Amir dalam drama ni nampak kelainan pakain bersahaja jah hihihi.. Tambahan ada lakonan PU Azman tu yang menjadi membawa watak hahaha..

#dramasweetdreams
#megadramamalay

1 komentar:

avatar
nurul aqidah azahar delete August 10, 2019 at 10:56 PM

tengok kadang2...beat jugak citer die

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post