Sunday, September 29, 2019

Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu

Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu |Memang blog Cik Ash sentiasa tak tinggal nak kongsi Lagu Ost dalam Drama Lelakimu Yang Dulu ni. Drama ni antara drama yang best ditonton sebab dah agak lama tak tengok mereka berdua ni berlakon kan. Tambahan Cik Ash minat Sharnaz dan Nelydia berlakon. Mereka berdua ni nampak serasi sangat. 


Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu

Gandingan mereka berdua sangat serasi, tambah pulak bila tengok Sharnaz bawa watak dalam drama ni macam di alam realiti beliau sedang alami pulak, kadang masa muzik sedih ada juga la sedih nak nangis. Huhuhu. 


Drama Lelakimu Yang Dulu Cik Ash sempat tengok online dekat youtube jer, biasa la waktu ke udara jarang nak tengok tv sedang bersiap-siap nak masak untuk makan malam dan solat maghrib. Drama ini Cik Ash tengok dekat youtube ramai orang dari Indonesia layan drama mereka siap puji kata drama ni terbaik. 

Seperti drama yang lain dalam drama Lelakimu Yang Dulu ada juga lagu-lagu ost yang best di dengar. Antara lagu yang terdapat dalam Drama Lelakimu Yang Dulu adalah seperti di bawah :- 

Lagu Tema 

Tajuk Lagu :Takdir Tercipta
Penyanyi : Hafiz Suip Feat Adira Suhaimi 
Lagu :Ayden Ali & Ikhwan Fatanna 
Lirik : Arisz Ab Rahman
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd
Kredit Video : https://www.youtube.com/watch?v=BnRYjDLFCNg

Manakala antara lagu-lagu lain yang ada di dalam Drama Lelakimu Yang Dulu ialah :- 

Tajuk Lagu : Mimpi Yang Berulang 
Penyanyi : Nova Band
Lagu : Eddie Hamid & Acap Jalil 
Lirik : Arisz Ab Rahman & Azizan Azli 
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Puas 
Penyanyi : Amir Hasdi 
Lagu : Ayden Ali, Ikhwan Fatanna & Omar K 
Lirik : Ayden Ali & Ikhwan Fatanna
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Kepada Dia 
Penyanyi : Farahdhiya
Lagu : Hang Nadim
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Memori 
Penyanyi : Sevendays
Lagu : Freddy & Hang Nadim
Lirik : Hang Nadim
Terbitan: Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Kisah Antara Kita 
Penyanyi : One Aveneu Band
Lagu : Reyhan
Lirik : Reyhan
Terbitan : Futere Music Entertaiment & Nova Music (M) Sdn Bhd.

Tajuk Lagu : Peneman 
Penyanyi : Hazama
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Hilang Selamanya
Penyanyi : Nine
Lagu : Arche Nasution
Lirik : Nine
Terbitan : Angsaana Music Group 

Tajuk Lagu : Kisah Kasih
Penyanyi : Nubhan 
Lagu : Ajai & Ad Samad 
Lirik : Ajai & Ad Samad
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Tak Sempurna
Penyanyi : Rin Muzaffar
Lagu : Izza Kasyah
Terbitan : Sword Sound Entertaiment 

Tajuk Lagu : Mungkin Janji 
Penyanyi : Dato'Eddie Hamed Feat Wanie Mentor 
Lirik : Hakim Hakimi & Arisz Ab Rahman
Terbitan : Nova Music (M) Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Vroom Vroom 
Penyanyi : Nabila Razali 
Lagu : Hael Husaini
Lirik : Hael Husaini 
Terbitan : Seventeen Eleven Music Sdn Bhd

Banyak sungguh lagu dalam drama Lelakimu Yang Dulu ni hahaha, gigih Cik Ash pause drama ni di akhir cerita nak kongsikan dengan korang lagu yang tersenarai dalam drama ni. Ada lagu yang pernah dengar sebelum ni dan pernah menjadi lagu ost drama-drama yang pernah ditayangkan di televisyen. Jom korang layan lagu yang best ni. Kalau korang yang teringin nak tengok koleksi Ost drama yang lain boleh terjah entri Lagu Ost Dalam Drama.

8 comments:

  1. Tak tgk cite ni..tp lagu tu biasa dgr kat sinar fm ehh ye ke hihih

    ReplyDelete
  2. Nak tanya tajuk lagu dalam radio kereta masa faiqa hantar dgn idlan balik tu , episode 12

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu mungkin janji dato' eddie hamid nyanyi

      Delete