Monday, September 16, 2019

Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar | Assalamualaikum...Hai korang, Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen dekat entri Hasil Design T-Shirt Rekaan Sendiri Dengan Custom.MY ni. Hari ini baru nak kongsi pasal masakan dari #dapurcikash, Sebelum ni Cik Ash pernah masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Masin tu kali ini nak cuba masak yang segar pulak. Ikan talang ni dapat ada orang bagi dekat ibu mentua Cik Ash. 


Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar 

Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang buat ingat dalam kepala jer, Kalau nak ikut cara masak boleh rujuk SINI. Untuk kelainan dalam masakan Gulai ni Cik Ash masukkan daun kesum,timun dan kacang buncis. Memang power la gulai ni makan tak ingat asyik bertambah kami 3 orang makan hahaha..Paling best tengok makan ibu mentua Cik Ash habis makan nasi dan bertambah selalunya tak pernah nak habis makan mungkin sebab gulai lemak kuning selera jadi laju. 

Resepi Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

Bahan-bahan
3 Ketul Ikan Talang
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih 
1 inci lengkuas
1 inci kunyit 
Santan Kotak 
Daun kesum
Garam 
Serbuk perasa

Cara Membuatnya :- 
1. Rendam ikan talang dengan air asam jawa nak bagi hilangkan hanyir. 
2. Untuk kuah pulak kisar bawang besar,bawang putih,lengkuas,kunyit sampai lumat.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk berserta dengan santan tu. Masukkan air secukupnya,masak dengan api yang perlahan sambil itu selalu di kacau gulai itu supaya santan tak berketul-ketul.
4. Bila gulai dah mendidih bolehlah masukkan daum kesum,timun,kacang buncis dan ikan.
5. Selepas itu sesuaikan rasa,masukkan serbuk perasa sedikit, gulai ini nak kena ada rasa masin dan sedikit manis dan masin tu sebab air ikan dah turun.
6. Masak bagi mendidih lagi,bila dah rasa semua dah ok boleh la tutup api tu. 
7. Hidangkan dengan nasi putih dengan solok lada pulak..

Ok la itu jer yang Cik Ash nak share Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang  Segar yang Cik Ash masak untuk suami dan ibu mentua, Kalau korang yang nak mencuba resepi yang lain boleh jer tengok koleksi di #dapurcikash.

15 comments:

  1. Best nya suka tengok menu cik ash masak.. Alhamdulilah thank you bagi resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 husniey akak buat cara akak masak hihihi..

      Delete
  2. sedap...suka isi ikan talang kalau buat gulai ni..

    ReplyDelete
  3. teringat masak lemak ikan talang hritu, letak garam terbanyak pulak. lupa masak ikan masin, jahanam ye masakan ain hritu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kalau yg masin memang tak letak dah garam tahu air ikan tu turun hihihi

      Delete
  4. lamanya x mkn ikan talang kt sini pyh nk jupe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun sbb kakak ipar yg bagi kalau nak beli jarang nak jumpa

      Delete
  5. Mak aihhh sedap sgt tu sampai mertua mkn bertambah hihih..letak lengkuas dan dan daun kesum..resipi baru ni..biasa letsk halia tp daun kesum x permah lak letak..kena cuba ni

    ReplyDelete