Thursday, September 5, 2019

Review Filem Tamil Monster

Review Filem Tamil Monster | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Terima kasih kepada yang sudi memberi komen dekat entri Cara Nak Beli Dekoder MYTV Secara Online. Dah agak lama Cik Ash tak review filem dalam blog ni. Biasa la tengok cerita rajin nak menulis review agak malas hahaha.. Kali ini Cik Ash nak review berkenaan dengan Filem Tamil Monster. Boleh terlayan filem Cik Ash ternampak status Kak Diana Rashid ada kongsi dekat facebook tu terus cari  untuk tengok sendiri filem ni. 



Filem ini diarahkan oleh pengarah Nelson Venkatesan. Berjudul genre komedi,drama dan keluarga. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ni adalah S.J Suryah,Prita Bhavani Shankar, Karunakaran & Etc. Filem ni telah ditayangkan pada  17 Mei 2019. Masih baru lagi sampai setahun lagi filem ni kan. Diedarkan oleh syarikat DMY Creation Sdn Bhd. 

Filem amat sesuai untuk ditonton bersama seisi keluarga boleh bergelak ketawa beramai-ramai bila tengok filem ini.  Kisahnya sangat simple apabila seorang lelaki yang menghadapi pelbagai masalah kerana seekor tikus yang berada di rumahnya.

Sinopsis Filem Tamil Monster :

Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Anjanam Azhagiya Pillai yang mempunyai prinsip yang tidak akan membunuh sebarang haiwan kerana mengikut ajaran agama yang telah dipelajari olehnya semasa waktu kecil. Namun lelaki ini telah menghadapi kesukaran untuk mencari pasangan yang sanggup menerimanya. Setiap kali peminangannya pasti akan ditolak oleh gadis disebabkan tidak mempunyai harta seperti rumah walaupun dia sebenarnya berkerja sebagai jurutera. 

Kerana atas nasihat rakan karibnya, dia telah membeli sebuah rumah aparment dan tindakannya itu membuatkan hasil apabila pinangannya diterima oleh keluarga gadis yang diatur oleh keluarganya. Dalam kegembiraan dia mendapatkan sebuah apartment tu ada masalah besar ang mula berlaku apabila rumah yang dibelinya itu mempunyai seekor tikus yang bijak dan sering kali menyusahkan kehidupannya dengan mencuri makan merosakkan barangan elektrik dan sebagainya. 

Mesti korang tahu adakah lelaki akan mengingkari prinsip dan agama ang dipegangnya itu untuk membunuh tikus tersebut. Kalau korang tahu kena la menonton sendirinya. Kalau nak korang layan filem ni boleh contact Cik Ash dekat email ash.rie8506@gmail.com nanti Cik Ash bagitahu dekat mana tonton ya.

Pengalaman  tengok Filem Tamil Monster 

Apa yang terdapat mesej dalam filem ini adalah kita boleh lihat seorang pemuda yang mempunyai sifat belas kasihan kepada binatang-binatang selepas dia menemui seorang lelaki tua untuk ajaran yang diajar oleh orang tua tu.Kecomelan Heroin Priya Bhavani Shankar, heroin yang dapat menceriakan filem ni hihihi. 

Manakala untuk kemuncak filem ni, semestinya seekor tikus yang selalu mencuri makanan dan merosakkan segala alatan elektrik dekat rumah pemuda itu. Bermacam-macam cara pemuda itu buat untuk mengelakkkan tikus memusnah barang dalam rumah tetapi semuanya tidak berjaya kerana tikus nampak seekor  tikus yang genius Cik Ash tengok rasa geram sebab kalau terjadi dalam kehidupan Cik Ash ada tikus macam ni terasa stress nak hapuskan dalam satu masa yang sama mempunyai sifat kesian dekat binatang hahaha.

Untuk lagu dan skor latar belakang dalam filem sangat baik dan mempunyai mesej yang baik sehingga akhir. So korang kena layan filem ni nak tahu kesudahannnya. Nak Cik Ash cerita panjang macam tak best pulak kan. Untuk rating filem Tamil Monster ni Cik bagi 4.5 bintang. 

Ok la jumpa lagi nanti ada masa Cik Ash update entri. Hari ini baru berpeluang nak jenguk-jenguk blog biasa la bila suami tidak kerja laptop jadi miliknya Cik Ash malas berebut bagi peluang dia guna hihihi.

#reviewfilem
#monster
#tamil

8 comments:

  1. kekadang terlayan tengok citer tamil ni. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamil kalau yang jenis lucu dan bergaduh mesti layan hahaha

      Delete
  2. mesti kelakar ini.. boleh bayangkan dia punya stress dengan tikus tu.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha macam kita punya situasi pulak kalau tengok cerita ni kalau jadi gitu akan buat begitu gak

      Delete