Friday, October 11, 2019

Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan

Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan | Assalamualaikum... Hai korang,Alhamdulilah akhirnya dapat juga Cik Ash makan Asyura Kelantan, Setelah sekian lama mengidam nak makan dah lama, balik kelantan pada tahun 2018 tak silap Cik Ash siap beli rempah asyura dan beras untuk buat asyura tapi entah bila nak buat. Sebab agak susah nak buat nak kacau tu hahaha.. Eh hampir terlupa nak ucapakan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Resepi Goreng Telur Dadar Oregano.

Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan 
Mak mentua Cik Ash la dia yang teringin nak makan asyura Kelantan ni, Cik Ash jer tak buat, tak larat nak mengacau guna kuali hahaha, Mujur ada kak ipar yang baik hati tolong buatkan asyura dengan noxxa beliau dapat juga la merasa makan asyura setelah sekian lama teringin nak makan hihihi. 

Ada la sebelum jiran tertangga pernah bagi bubur asyura versi kedah tetapi tekak Cik Ash tak  boleh menerima sebab bila makan rasa macam kita makan koleh kalau orang kelantan mesti tahu apa itu koleh hihihi..Nak buat macam mana tekak tak  boleh menerima versi kedah punya. 



Alhamdulilah puashati makan Asyura setelah sekian lama dah teringin nak makan sangat. InsyaAllah nanti kak ipar kata boleh buat lagi rempah pun masih ada baki lagi.. Tersimpan elok sebab Cik Ash simpan dalam peti ais. hihihi.

Ok la korang malam ni entri ringkas taip, busy sikit sekarang duk pantau mak mentua sekarang kan dekat kedah musim hujan takut la asma dia menjadi-jadi sebab sekarang dia tengah duk batuk, risau la takut dia tak boleh bernafas nanti.. Jumpa lagi nanti ya.

8 comments:

  1. teringin nak makan syuro, cukuplah 2 ke 3 ketul je. mmg sekalo pun mkn sikit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hom cukup 2 k3 k3tul kan abam kie lepas mengidamnya hahaha

      Delete
  2. Nampak sedap tu cik ash..alhamdulillah rezeki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hom sedap nanti nak buat lagi kak ipar oyt hihihi

      Delete